Recent Comments

Saturday, December 21, 2013

Carian popular Google Malaysia 2013


Sempena bakal berakhrinya tahun 2013, Google menerusi laman web mereka Googlezeitgeist.com telah mengeluarkan senarai carian terbanyak dan popular oleh pengguna Google dari Malaysia.


Senarai ini menunjukkan perspektif yang unik berdasarkan peristiwa-peristiwa utama yang berlaku pada tahun 2013 khususnya di Malaysia.


Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu dicatatkan menjadi carian paling teratas di Malaysia. Peristiwa ini yang menjadi topik hangat selama 4 bulan berturut-turut menjadi perhatian pengguna internet di Malaysia yang tercari-cari berita tersebut dengan kata kunci ‘Lahad Datu’.


Pengumuman rebat telefon pintar dari SKMM menjadi topik carian kedua terbanyak berikutan pengumuman rasmi Bajet 2014 di Parlimen Malaysia. Tempat ketiga jatuh kepada carian keputusan PRU13 yang mana berlangsung pada Mei 2013.


Carian yang selebihnya bertumpu kepada siri drama melayu.



Carian Terbanyak (trending) Malaysia 2013


1.        Lahad Datu


2.        SKMM


3.        Keputusan PRU13


4.        Setia Hujung Nyawa


5.        Gwiyomi


6.        Teduhan Kasih


7.        Malindo Air


8.        WeChat


9.        The Conjuring


10.      Cinta Jannah



Selain dari tumpuan carian peristiwa dan trend semasa, Googlezeitgeist.com juga mengeluarkan carian paling banyak bagi selebriti atau insan popular yang mana menunjukkan carian isteri pemain bola sepak Malaysia terkenal Nor Shahrul Idlan Talaha dengan kata kunci isteri mat yo menduduki tangga ketiga selepas penyanyi cilik terkenal Indonesia Tegar di tempat kedua dan mendiang pelakon filem Fast and Furious Paul Walker di tempat pertama.



Carian Insan Popular (trending) Malaysia 2013


1.        Paul Walker


2.        Tegar


3.        Isteri Mat Yo


4.        Sharifah Zohra Jabeen


5.        Nelson Mandela


6.        Jackie Chan


7.        Sultan Sulu


8.        Adam Adli


9.        Lea Michele


10.      Gareth Bale



Menurut Pengarah Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, “Google menjadi medium utama untuk rakyat Malaysia mencari maklumat dan perkembangan terkini, senarai hujung tahun Zeitgeist ini menjadi rujukan untuk mengetahui peristiwa atau ikutan untuk Malaysia pada 2013”.


Untuk maklumat penuh senarai carian paling banyak 2013 sila lawati googlezeitgeist.com.


Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)