Nokia dilaporkan sedang menghasilkan sebuah telefon pintar spesifikasi rendah Android dalam masa terdekat. Projek tersebut yang dikenali sebagai kod ‘Normandy’ dijangkakan akan diumumkan pada tahun 2014. Gambar di bawah diambil dari tweet @evleaks pada November lepas yang mana dinamakan sebagai Nokia Normandy.
Namun begitu tidak dapat dipastikan bagaimana Nokia mampu mengeluarkan telefon pintar ini dimana Microsoft telah pun mengambil alih keseluruhan operasi peranti dan perkhidmatan Nokia baru-baru ini.
Antara laporan lain pula mengatakan yang Nokia Normandy diramalkan akan menggunakan variasi sistem operasi Android yang berlainan. Sekiranya ini benar, tidak hairanlah sekiranya telefon pintar ini dapat dipasarkan. Situasi ini mengkin sama dengan produk tablet Amazon Kindle Fire yang mana menggunakan versi Android milik mereka sendiri yang mana mempunyai aplikasi App Store sendiri memandangkan Google Play Store tidak boleh diakses.
0 comments:
Post a Comment