Berdasarkan kajian terbaru oleh Global Web index, mendapati walaupun Google mendapat sambutan ramai, sebenarnya mungkin laman sosial ini agak sukar digunakan.
Ini dapatkan dibuktikan dengan kajian tersebut yang mendapati rata-rata pengguna Google+ ialah dari golongan komuniti celik IT.
Kajian tersebut yang dikelolakan oleh Global Web Index membuktikan yang sebahagian besar pengguna yang aktif di Google+ adalah samada mereka yang berkerja dalam bidang IT, internet atau perkhidmatan komputer.
Hasil kajian dipecahkan mengikut peratusan dimana 29% pengguna Google+ adalah komuniti IT, 25% dari golongan eksekutif syarikat berkaitan IT, 24% pemilik syarikat dan selebihnya pengguna biasa.
Tidak hairanlah jika dikatakan Google+ agak sunyi jika dibandingkan dengan laman web sosial yang lain walaupun mempunyai lebih 540 juta pengguna aktif. Nilai kongsian Google+ di pasaran laman sosial juga menunjukkan nilai yang begitu kecil iaitu hanya 3% (diantara Julai dan September 2013).
Namun begitu secara ironiknya situasi begini membolehkan pengguna membuat pilihan, Sekiranya ada masalah atau persoalan tentang IT silalah ke Google+, tapi sekiranya mahu bergosip, atau mengedik-gedik, Facebook pasti jadi pilihan.
0 comments:
Post a Comment