Syarikat minyak terbesar dunia Shell, baru-baru ini berjaya menyiapkan kapal tangki mereka yang terbesar di dunia.
Kapal tersebut yang dinamakan 'The Prelude' mempunyai ukuran panjang 1,601 kaki, lebar 243 kaki dan berat hampir 600,00 tan. Ukuran kapal ini hampir sama ketinggian dengan Menara Taipei 101 di Taiwan. Ini membuatkan 'The Prelude' adalah kapal yang terbesar pernah dihasilkan di dunia.
Pembinaan kapal ini yang mana dikuasakan dengan 20,100 kuasa kuda, mengambil masa satu tahun untuk disiapkan.
Syarikat Shell merancang untuk menggunakan kapal ini sebagai fasiliti terapung bagi menyimpan cecair gas asli, di mana gas asli akan digali dari lautan dalam, diproses di atas kapal dan dipindahkan ke kapal pengangkut yang menunggu di laut. Pada permulaan projek ini Shell mensasarkan 'The Prelude' mampu menggali 3.9 juta tan gas cecair asli setiap tahun.
Kemudahan terapung ini akan mengurangkan beberapa faktor pengeluaran gas di luar alam sekitar, Shell berkata dalam sidang media di ibu pejabat mereka. "Ia juga mengelakkan kesan alam sekitar akibat pembinaan dan pengendalian kilang di atas tanah, termasuk talian paip ke pantai dan membina infrastruktur yang lain."
Memandangkan saiznya yang besar, 'The Prelude' memerlukan satu sistem kapi dan tuil untuk menarik ia merentasi pelabuhan. Dan walaupun mampu berlayar ke mana-mana pelusuk dunia, 'The Prelude' hanya ditetapkan di satu tempat yang statik, sebagai contoh di pantai barat Austratlia, dimana kapal ini dijadualkan berlabuh selama minimum 25 tahun.
Untuk memastikan kapal ini mampu mengharungi ombak dan taufan di tengah laut, 'The Prelude' dilengkapi dengan menara kecil yang hampir setinggi Statue of Liberty yang mana mampu menstabilkan kapal itu walaupun dilanda taufan kategori 5.
'The Prelude' dijadualkan memulakan pelayar ke Autralia pada tahun 2017.
0 comments:
Post a Comment