Recent Comments

Wednesday, December 18, 2013

Google semakin serius dengan robot


Google menunjukkan keseriusan mereka dalam perlumbaan teknologi robotik. Baru-baru ini google melaporkan yang mereka telah mengambilalih sebuah lagi syarikat robot bernama Boston Dynamic.


Boston Dynamic memang terkenal dengan hasil inovasi robot mereka yang secara keseluruhannya bertemakan haiwan. Robot buatan mereka dilaporkan mempunyai daya keseimbangan yang hamper serupa dengan haiwan sebenar malahan ada yang mampu bergerak lebih pantas dari manusia.


Syarikat ini ditubuhkan oleh Marc Reibert, seorang bekas professor dari Messachusettes University of Technology. Walaupun berjaya menghasilkan barisan robot yang canggih dan berteknologi tinggi, robot-robot ini tidak dijual di pasaran komersil. Boston Dynamics lebih banyak membangunkan teknologi robot untuk kegunaan institusi kerajaan atau syarikat besar.


Antara intitusi kerajaan yang dilaporkan berkerjasama dengan Boston Dynamics adalah Pentagon and Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).


Salah satu inovasi Boston Dynamics yang terkenal adalah robot cheetah mereka. Robot ini dilaporkan mampu berlari sepantas 46km/j, hampir separuh kelajuan haiwan cheetah sebenar.


Pengambilalihan Boston Dynamics ini membuatkan ianya syarikat robot kelapan yang dibeli oleh google dalam tempoh setengah tahun kebelakangan ini. Lapor The New York Times.


Perolehan syarikat ini menguatkan lagi khabar angin yang menyatakan Google sedang  merancang membina fasiliti moden untuk kilang Foxconn. Foxconn telah dilihat mengurangkan tenaga kerja manusia mereka dan digantikan dengan robot.


Foxconn juga dilaporkan secara intersif telah mengurangkan kebergantungan tenaga kerja mereka dari pengilang di China.


Walaubagaimanapun penglibatan Google dalam sektor robotik pastinya akan mencetuskan inovasi-inovasi terbaik dari mereka.


https://www.youtube.com/watch?v=wE3fmFTtP9g

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)