Recent Comments

Wednesday, December 18, 2013

Robot terbaru terbang tanpa kawalan


Zaman pengkomersilan robot atau drone peribadi tidak dinafikan sudah pun bermula lebih-lebih lagi dengan berita-berita inovasi bidang robotik yang sering diperkatakan dan ditambah pula dengan perancangan Amazon.com untuk mensasarkan drone sebagai mod penghantaran menguatkan lagi teknologi robotik sudah mula dikomersilkan.


Sungguhpun begitu masalah utama dalam mengoperasikan robot atau drone ini cuma satu. Kawalan. Kebergantungan pergerakan atau kawalan drone kepada manusia sering menjadi persoalan utama dalam teknologi robotik. Melihat pada keadaan ini, sekumpulan penyelidik dari Belanda telah mencipta sebuah drone terbang tanpa kawalan yang mana mampu bergerak secara automatik tanpa kawalan manusia.


Dengan kelebaran sayap 28 sentimeter dan hanya seberat 20 gram, drone tersebut yang dinamakan Delfy Explorer menggunakan teknologi mini sistem ‘Stereovision’ yang mana berpandukan 2 kamera dan sebuah komputer kecil untuk mengelak sebarang halangan yang menghalang laluan drone tersebut.


Sistem ‘stereovision’ tersebut yang mana hanya seberat 4 gram membenarkan Delfy Explorer untuk menimbangtara jarak antara drone tersebut dengan mana-mana halangan secara masa sebenar.


stereovision-delfly


Di dalam sebuah video demostrasi Delfy Explorer, pencipta drone tersebut menunjukkan bagaimana drone tersebut beroperasi dalam satu misi intipan dan juga semasa merakam persembahan konsert dari udara.


Walaubagaimanapun, tiada perancangan untuk mengkomersilkan drone ini. Menurut pereka cipta Delfly Explorer, pihak mereka masih dalam proses menghalusi teknologi ini dan sedang cuba menambah baik fungsi-fungsi lain yang dirasakan perlu pada drone tersebut.


Versi Delfly Explorer pada ketika ini hanya boleh terbang mendatar dan menegak untuk mengelak halangan dan pereka cipta drone ini berharap pihak mereka dapat menambah baik pergerakan drone ini agar ianya dapat berfungsi dengan lebih jitu, contohnya terbang melepasi tingkap kecil.


https://www.youtube.com/watch?v=2KPgPWb2Gkg

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)