Khabar angin berkaitan produk Samsung terbaru, Galaxy S5 sudah mula kedengaran di internet. Terbaru ada maklumat melaporkan yang Samsung Galaxy S5 kali ini dilengkapi dengan fungsi imbasan cap jari, skrin Quad HD dan imbasan retina mata.
Maklumat terbaru ini datangnya dari ZDnet Korea yang melaporkan Samsung dalam perancangan meletakkan skrin Quad HD (QHD) dan teknologi pengecaman iris dalam model telefon pintar 2013 mereka. Skrin QHD tersebut dikatakan mempunyai tahap resolusi 2560×1440 yang mana sama dengan tahap resolusi komputer iMac 27 inci.
Selain itu ada juga laporan yang menyatakan Samsung juga merancang mengeluarkan telefon pintar ini dalam variasi standard badan plastic dan juga dalam versi badan logam spesifikasi tinggi seperti yang terdapat pada HTC One. Laporan ini juga menambah yang telefon pintar ini juga dilengkapi dengan cip pemproses 64 bit, 3gb RAM dan kapasiti bateri yang besar 4000 mah.
ZDnet juga menambah, Samsung dijangkakan melancarkan model ini pada acara Mobile World Congress 2014. Jika khabar angin benar atau tidak, kita sama-sama nantikan.
0 comments:
Post a Comment