4 tahun lepas parrot telah memperkenalkan drone rekaan mereka AR.Drone menjadi trend dalam industri robotik konsumer. Dengan jumlah penjualan melebihi 500 ribu sejak 2010 Parrot meneruskan lagi legasi penghasilan robot terbaru mereka dengan penciptaan sebuah lagi robot drone yang lebih unik dan inovatif yang dinamakan MiniDrone.
Walaupun masih dalam fasa projek, quad-copter bersaiz kecil ini diperkenalkan di CES 2014 mencuri perhatian ramai. MiniDrone tidak ubah seperti produk awal Parrot iaitu AR.Drone cuma yang bezanya MiniDrone walaupun bersaiz lebih kecil mempunyai keupayaan lebih besar. Dilengkapi 2 roda besar, Mini Drone mampu bergerak di atas lantai, memanjat dinding dan juga mampu bergerak melekat dipermukaan siling.
Apa yang menariknya berbanding AR Drone, Mini Drone dilengkapi cip pemproses 500mhz bersama RAM 1GB. Selain itu ianya juga dilengkapi pelbagai pengesan seperti tekanan, ultrasonic, accelerometer, dan gyroscope untuk memastikan tahap kestabilan robot ini dan tegap beroperasi. Memandangkan produk ini masih diperingkat fasa projek, maklumat lengkap adalah terhad.
Jika dilihat perkembangan Parrot akhir-akhir ini, syarikat ini banyak menumpukan penghasilan robot-robot yang berfungsi di atas permukaan. Parrot juga pernah mendedahkan produk terbaru mereka yang juga masih diperingkat fasa projek dinamakan Jumping Sumo (lihat bawah). Robot ini seakan-akan serangga yang mana boleh berpusing dan melompat sehingga 80 sentimeter tinggi dan berpusing 90 darjah.
0 comments:
Post a Comment