Persaingan hiburan ruang tamu di jangkakan bertambah hangat dengan pelancaran PC semua dalam satu (All In One) Android Acer TA272 HUL yang dibina dengan menumpukan tahap prestasi tinggi visual.
Acer TA272 adalah sebuah PC yang dilengkapi paparan resolusi tinggi 27 inci (2560×1440) WQHD dengan 10 titik sentuhan kapasitif, sistem operasi Android, dan cip pemproses empat teras Nvidia bersama efek bunyi Dolby Surround.
Dari sudut sambungan pula peranti ini dilengkapi USB 3.0, HDMI dan Display Port untuk memastikan tahap kesesuaian yang tinggi dengan peranti-peranti yang lain. Pengguna juga boleh membina storan awan sendiri dengan menggunakan kelebihan aplikasi ‘Build Your Own Cloud’ (BYOC) untuk menyimpan muzik dan foto.
Rekaan unik Acer TA272 yang menggunakan tapak lutsinar dan penyandang tidak simetri membuatkan peranti ini kelihatan terapung. Penyandang yang didatangkan juga boleh diubah mengikut darjah yang berbeza iaitu diantara 30 hingga 80 darjah.
Acer TA272 HUL sudah mula dipasarkan dengan harga USD1,099 ( RM 3617.36)
0 comments:
Post a Comment