Recent Comments

Monday, January 6, 2014

Permainan video dengan kawalan mata


SteelSeries dilaporkan sedang membangunkan alat kawalan permainan video melalui kawalan mata. Peranti ini yang mana masih dalam pembangunan di katakan menggunakan teknologi pengesanan mata dari Tobii.


Tobii memang terkenal dengan kejayaan mereka mencipta teknologi pengesanan mata. Pada mulanya syarikat ini telah mencipta sebuah komputer riba dengan kawalan mata dan membuktikan yang kawalan mata untuk permainan video juga tidak mustahil menerusi penghasilan permainan video arked mereka Eye Asteroids. Dan berikutan kejayaan ini teknologi tersebut bakal dikomersilkan di bawah payung SteelSeries.


eye asteriods


Alat kawalan mata yang tidak dinamakan ini dikatakan dibangunkan berasaskan teknologi Tobii Eye X, sebuah peranti terbaru ciptaan Tobii. Para pembangun boleh memiliki Eye X bermula Mac ini dengan harga USD95. Tempahan awal boleh dibuat di laman web Tobii.


Jenis permainan video yang dijangkakan mampu dikawal melalui alat ini masih belum diumumkan, tetapi Tobii mensasarkan penggunaan peranti ini tidak terhad pada permainan video yang ringkas malahan tidak mustahil untuk permainan video berkonsepkan ‘first-person shooter’ (contoh: call of duty).


steelseries eyetracker


Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)