Recent Comments

Tuesday, January 7, 2014

Google Doodle rai Harijadi Yasmin Ahmad


Coretan terbaru Google Doodle hari ini meraikan harijadi allahyarhamah bekas seniwati tersohor Malaysia, Yasmin Ahmad. Yasmin Ahmad adalah seorang seniwati yang aktif dalam pembikinan filem di Malaysia dan juga pernah menerbitkan beberapa buah iklan Petronas yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Allahyarhamah dilahirkan pada hari ini 56 tahun lepas.


Beliau yang juga dikenali sebagai pengarah filem dan komersil tempatan yang pernah memenangi banyak anugerah di atas sumbangan beliau dalam industri karyawan di Malaysia. Kebanyakkan hasil kerja beliau banyak mengambarkan warna dan tradisi Malaysia yang berbilang kaum. Beliau meninggal dunia pada 25 Julai 2009 pada usia 51 tahun.


Coretan Google Doodle ini menggambarkan Yasmin dalam bentuk cat air dan logo Google digayakan serupa dengan tulisan poster filem ‘Sepet’ yang mana juga hasil karya seniwati berbakat ini.


yasmin ahmad google doodle


Sepet, sebuah filem tahun 2004 diarahkan oleh Yasmin Ahmad mencuri hati penonton di Malaysia dengan sebuah kisah cinta diantara seorang budak lelaki cina dan budak perempuan melayu yang mendapat tentangan keluarga masing-masing.


Ini bukan kali pertama enjin carian terbesar ini mencipta coretan untuk memperingati peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Malaysia. Akan tetapi ini adalah sejarah kali pertama seorang tokoh di Malaysia di raikan di enjin carian google.com.my.


Sebelum ini, Google telah mewujudkan coretan diolah untuk perayaan Merdeka pada tahun 2007, 2009, 2011, 2012, dan tahun lepas. Dan yang terbaru semasa kempen Pilihanraya ke 13 yang lepas.


google doodle pru 13

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)