Recent Comments

Showing posts with label xperia. Show all posts
Showing posts with label xperia. Show all posts

Wednesday, February 26, 2014

Tablet Xperia X2 terbaru dari Sony

Tablet Xperia Z2, adalah sebuah gadget terbaru dari Sony keluaran dianjung World Mobile Congress ( MWC ) 2014. Dimana Tablet ini dianggap merupakan tablet tercanggih yang dimiliki Sony setakat ini.


Spesifikasi yang dibawa oleh tablet ini memang sangat mempesonakan, iaitu paparan Full HD bersaiz 10.1 inci dengan resolusi 1920x1080p. Pemproses yang digunakan adalah 2.3 GHz Qualcomm Snapdragon 801 dengan sokongan RAM 3GB. Tablet ini juga bersepadu dengan rangkaian 4G LTE serta mempunyai versi Wi - Fi only.


Sepertimana yang tertera dilaman sesawang Ubergizmo pada 23/2, dikatakan bahawa, Sony Xperia Z2 Tablet mempunyai kemampuan tahan air. ini bermakna, tablet ini tidak akan rosak apabila terkena air, jadi anda tidak perlu bimbang jika table ini terkena tumpahan minuman.


Untuk urusan bateri anda tidak perlu bimbang dan risau kerana, tablet ini mempunyai bateri dengan kapasiti 6000mAh. dan membolehkan Tablet Xperia Z2 memainkan video selama 10 jam tanpa henti dan tanpa perlu takut kehabisan bateri. Menarik bukan?


Kelebihan lain mengenai bateri tersebut adalah, Sony menyematkan Qualcomm 's Quick Charge 2.0, sehingga anda boleh mengisi bateri 75 peratus lebih cepat berbanding bateri-bateri yang lain.


Sementara itu, kamera yang dipasangkan pada badan Sony Xperia Z2 mempunyai sensor 8.1 MP di bahagian belakang. Kamera tersebut menggunakan Exmor RS sensor. manakala, Sony meletakkan kamera dengan sensor 2.2 MP. di kamera hadepannya.


Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, harga tablet tersebut masih belum diketahui.


[video type="youtube" link="https://www.youtube.com/watch?v=gLBuj69mOPg" width="100%" height="350px"]



Monday, February 3, 2014

Jadikan telefon pintar anda Kamera Pro dengan Lensa terbaru Sony

Sony dilaporkan akan melancarkan add-on terbaru kamera lensa mereka yang membolehkan pengguna menggunakannya di tablet dan juga telefon pintar.


Sony DSC-QX10 $ 250 (RM834) dan tahap pro DSC-QX100 ($500) boleh digunakan secara bebas - iaitu melalui sambungan Bluetooth atau NFC - dengan telefon pintar yang berfungsi sebagai remote viewfinder dan kawalan shutter, atau kamera tersebut boleh dilekatkan ke telefon bimbit melalui pelekap yang disertakan. Dimasa yang sama juga Sony juga akan melancarkan penyesuai modul baru yang akan membolehkan pengguna menggunakan kamera ini pada tablet mereka - sama ada 7-inci, 8 inci atau 10 inci.


Akan tetapi buat masa ini, modul yang berharga $ 36 tersebut hanya tersedia untuk pasaran Jepun apabila ia dilancarkan pada 4 April ini, tetapi ada peluang yang baik bahawa Sony juga akan melancarkan ia di wilayah lain.


Walau bagaimanapun mengambil gambar di khalayak ramai dengan tablet yang tidak dilihat sebagai satu amalan yang boleh diterima oleh semua orang.


Kritikan daripada trend ini telah mencapai kemuncaknya semasa kempen pemilihan semula Barack Obama  pada tahun 2012. Ini perbuatan mengambil gambar menggunakan tablet dikatakan telah menghalang pandang jurugambar profesional.


[well type=""]
SUMBER
[/well]


Monday, January 27, 2014

Skrin berteknologi Triluminous untuk Xperia T2

Telefon pintar Sony Xperia keluaran Jepun, baru-baru ini telah memperkenalkan dua produk keluarannya iaitu phablet Xperia T2 Ultra dan T2 Ultra Dual. Kedua-dua phablet berkenaan memiliki spesifikasi yang sama, cuma yang membezakannya adalah T2 Ultra Dual hadir dengan fungsi dwi kad sim.


Phablet Xperia T2 Ultra dan T2 Ultra Dual ini dikuasakan oleh cip pemproses empat teras Snapdragon 1.3GHz dan RAM 1GB. Phablet ini yang mana mempunyai skrin berukuran enam inci dengan resolusi HD 720p. Inovasi dilengkapi dengan teknologi TRILUMINOUS serta Mobile BRAVIA Engine 2.


Spesifikasi lainnya termasuklah memori dalaman dengan kapasiti 8GB. Dilengkapi dua kamera, dengan kamera utama 13mp dan kamera depan 1.1mp. Selain itu, Untuk memastikan yang peranti ini mampu bertahan sepanjang hari, bateri 3000mAh diberi tanggungjawab membekalkan kuasa.


Sehingga kini, belum ada sebarang pengumuman mengenai harga pasaran bagi kedua-dua phablet ini. Peranti ini dijangka dilancarkan di peringkat global termasuklah di China, Asia Pasifik, Timur Tengah serta Afrika.


Friday, January 24, 2014

Telefon pintar terbaru Sony mampu rakam video 4k

Telefon pintar Sony, kod nama “Sirius” atau “D6503” yang bakal dikeluarkan akan mempunyai fungsi rakaman video 4k, menurut laporan dari laman blog Xperia.

Sirius dikatakan akan menjadi penyambung kegemilangan Xperia Z1 hadir dengan system operasi Android 4.4.2 KitKat dan kamera spesifikasi tinggi yang mampu merakam video 4k. Ianya juga dikatakan mempunyai fungsi video “Timeshift” dimana boleh merakam video dengan kesan khas gerak-perlahan.

Peranti pintar ini juga dilaporkan akan mempunyai fungsi “Smart Call Handling” dimana ianya membenarkan pengguna menjawab panggilan telefon tanpa menyentuh permukaan skrin telefon tersebut seperti menjawab panggilan dengan hanya meletakkan telefon di telinga, membatalkan panggilan dengan menggoncangkan telefon dan sekiranya pengguna menterbalikkan telefon ianya akan berhenti berbunyi.

Antara fungsi lain yang dijangka ada pada telefon pintar ini adalah ketuk perlahan dua kali untuk mengaktifkan skrin, mesin penjawabb panggilan telefon, tetapan peribadi baru dan lampu belakang skrin pintar.

xperia sirius2 500x293 Sony Xperia Sirius photo and specs leak


xperia ui1 500x295 Sony Xperia Sirius photo and specs leak


xperia ui2 500x295 Sony Xperia Sirius photo and specs leak


via

 

Feature Ad (728)