Recent Comments

Monday, January 27, 2014

Skrin berteknologi Triluminous untuk Xperia T2


Telefon pintar Sony Xperia keluaran Jepun, baru-baru ini telah memperkenalkan dua produk keluarannya iaitu phablet Xperia T2 Ultra dan T2 Ultra Dual. Kedua-dua phablet berkenaan memiliki spesifikasi yang sama, cuma yang membezakannya adalah T2 Ultra Dual hadir dengan fungsi dwi kad sim.


Phablet Xperia T2 Ultra dan T2 Ultra Dual ini dikuasakan oleh cip pemproses empat teras Snapdragon 1.3GHz dan RAM 1GB. Phablet ini yang mana mempunyai skrin berukuran enam inci dengan resolusi HD 720p. Inovasi dilengkapi dengan teknologi TRILUMINOUS serta Mobile BRAVIA Engine 2.


Spesifikasi lainnya termasuklah memori dalaman dengan kapasiti 8GB. Dilengkapi dua kamera, dengan kamera utama 13mp dan kamera depan 1.1mp. Selain itu, Untuk memastikan yang peranti ini mampu bertahan sepanjang hari, bateri 3000mAh diberi tanggungjawab membekalkan kuasa.


Sehingga kini, belum ada sebarang pengumuman mengenai harga pasaran bagi kedua-dua phablet ini. Peranti ini dijangka dilancarkan di peringkat global termasuklah di China, Asia Pasifik, Timur Tengah serta Afrika.


Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)