Tablet Xperia Z2, adalah sebuah gadget terbaru dari Sony keluaran dianjung World Mobile Congress ( MWC ) 2014. Dimana Tablet ini dianggap merupakan tablet tercanggih yang dimiliki Sony setakat ini.
Spesifikasi yang dibawa oleh tablet ini memang sangat mempesonakan, iaitu paparan Full HD bersaiz 10.1 inci dengan resolusi 1920x1080p. Pemproses yang digunakan adalah 2.3 GHz Qualcomm Snapdragon 801 dengan sokongan RAM 3GB. Tablet ini juga bersepadu dengan rangkaian 4G LTE serta mempunyai versi Wi - Fi only.
Sepertimana yang tertera dilaman sesawang Ubergizmo pada 23/2, dikatakan bahawa, Sony Xperia Z2 Tablet mempunyai kemampuan tahan air. ini bermakna, tablet ini tidak akan rosak apabila terkena air, jadi anda tidak perlu bimbang jika table ini terkena tumpahan minuman.
Untuk urusan bateri anda tidak perlu bimbang dan risau kerana, tablet ini mempunyai bateri dengan kapasiti 6000mAh. dan membolehkan Tablet Xperia Z2 memainkan video selama 10 jam tanpa henti dan tanpa perlu takut kehabisan bateri. Menarik bukan?
Kelebihan lain mengenai bateri tersebut adalah, Sony menyematkan Qualcomm 's Quick Charge 2.0, sehingga anda boleh mengisi bateri 75 peratus lebih cepat berbanding bateri-bateri yang lain.
Sementara itu, kamera yang dipasangkan pada badan Sony Xperia Z2 mempunyai sensor 8.1 MP di bahagian belakang. Kamera tersebut menggunakan Exmor RS sensor. manakala, Sony meletakkan kamera dengan sensor 2.2 MP. di kamera hadepannya.
Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, harga tablet tersebut masih belum diketahui.
[video type="youtube" link="https://www.youtube.com/watch?v=gLBuj69mOPg" width="100%" height="350px"]
0 comments:
Post a Comment