Selepas sekian lama dinanti-nantikan, kini generasi terbaru dari Samsung Galaxy S4 telah diperkenalkan oleh Samsung. Samsung Galaxy S5 diperkenalkan, di Mobile World Congress Di Barcelona yang mana Samsung Galaxy S5 ini lengkap dengan ciri sensor cap jari.
Dengan hanya sekali pandang, reka bentuk Galaxy S5 ini tidak banyak bezanya dengan Galaxy S4. Perbezaan yang ketara dilihat pada bahagian belakang Galaxy S5 yang mana ianya menggunakan rekaan "modern glam" dengan bahan hampir serupa dengan kulit, tetapi sebenarnya bukan kulit. Samsung menggunakan bahan polikarbonat yang bercampur dengan gentian kaca , ini kerana Galaxy S5 tidak akan rasa licin apabila dipegang.
Ketua Pegawai Eksekutif Samsung JK Shin berkata "Para pelanggan kami mahu reka bentuk yang indah dan berprestasi, pelanggan-pelanggan kami mahu sebuah kamera yang sederhana, namun nampak berkuasa . Pengguna kita mahukan sambungan lebih cepat dan lancar yang mana pelanggan kami mahu telefon yang boleh membantu mereka tetap mantap.
Galaxy S5 ini dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 801 2.5 GHz, kamera belakang 16 megapiksel (MP) dan kamera hadapan 2.1MP, skrin Super AMOLED Full-HD 1080p dengan ukuran 5.1 inci, RAM 2GB, kapasiti simpanan 16GB atau 32GB dan bateri 2.800 mAh.
Telefon ini juga didatangkan dalam balutan warna-warna yang baru, ianya juga mempunyai poket pensijilan IP67, yang bermaksud anti habuk dan kalis air, dan ciri-ciri ultra-power untuk penjimatan kuasa bagi memelihara jangka hayat bateri.
Ciri-ciri kamera baru yang disematkan Samsung pada Galaxy S5 ini adalah kelajuan auto-fokus yang canggih untuk mengambil gambar dengan cepat, preview mode real-time High Dynamic Range (HDR), dan kesan untuk mengedit gambar dan video.
Seperti iPhone5S, Galaxy S5 juga mempunyai sensor cap jari ‘built-in’ yang membolehkan pengguna membuka kunci telefon dengan mengimbas cap jari mereka. Sensor ini juga bertindak sebagai pengesahan transaksi pembayaran PayPal.
Galaxy S5 beroperasi pada sistem operasi Android 4.4.2 KitKat. Telefon pintar baru ini juga mempunyai ciri-ciri ‘Health-Monitoring’ dengan aplikasi S-Health yang terkini. Aplikasi ini juga boleh mengukur kadar denyutan jantung, pengambilan makanan, senaman, dan membantu anda melaksanakan pelan pemakanan . Telefon pintar ini akan dikeluarkan untuk pasaran di peringkat global untuk 150 negara pada 11 April nanti.
0 comments:
Post a Comment