Recent Comments

Wednesday, February 26, 2014

Telefon Pintar Android pertama keluaran Nokia


Banyak khabar angin bertiup sebelum ini tentang Nokia dan telefon pintar android mereka, kini Nokia akhirnya memperkenalkan siri telefon Android murah di peringkat pertama Kongres Dunia Mudah Alih ( MWC) 2014 di Barcelona. Nokia yang berasaskan sistem operasi Android ini yang mana menggunakan nama siri Nokia X, sebelum dikenali telefon Android ini akan menggunakan nama Nokia Normandy.


Kehadiran Nokia X ini sekaligus menambah barisan baru telefon Nokia. Sebelum ini, Nokia telah pun memiliki Asha untuk telefon pintar ‘low end’ dan telefon pintar Lumia untuk kelas pertengahan .


Dipetik dari Phone Arena, Nokia mempamerkan tiga siri Nokia X , Nokia X+, dan Nokia XL. Siri Nokia X dan Nokia X+ didatngkan dengan reka bentuk dan landskap paparan skrin berukuran 4-inci yang mana ianya skrin sentuh. Menariknya, kedua-dua siri ini menjalankan aplikasi Android Open Source Project ( AOSP ), dan tidak menggunakan perkhidmatan Google, seperti pengkomputeran Google Cloud dan Google Play.


Nokia X ini sangat unik kerana telefon pintar ini mempunyai pengalaman perkhidmatan popularnya dengan Nokia dan Microsoft, meskipun berasaskan system operasi Android.


Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Nokia, Stephen Elop berkata, dengan keluaran Nokia X, pengeluar telefon bimbit dari Finland ini mendakwa mengambil manfaat aplikasi dan ekosistem Android, tetapi mempunyai perbezaan.



katanya lagi," Pendekatan ini membolehkan pemaju Android dengan mudah membawa aplikasi mereka ke talian Nokia X. Nokia X menghubungkan orang ramai untuk menuju perkomputeran awan Microsoft bukannya pengkomputeran awan Google.


Untuk aplikasi, pengguna boleh mengakses aplikasi secara percuma dari Kedai Nokia dan Yandex Store. "Bukan Google Play" kata Stephen Elop.


Aplikasi popular sudah pun siap sedia ada pada Nokia X iaitu Vine, BBM, Skyp, Twitter, dan juga Facebook. Dalam demo juga menunjukkan antara muka pengguna baru di Nokia X dan navigasi yang fleksibel. Nokia X terdapat kotak Tile seperti versi Lumia. Walaubagaimanapun, pengguna boleh menukar saiz kotak Tile tersebut seperti yang ada pada Live Tile pada Windows Phone.


Nokia memberi alasan, walaupun pengguna tidak mendapat akses ke Google Play, pengguna masih boleh mengambil kesempatan daripada pusat aplikasi pihak ketiga yang mana akan disambungkan kepada Nokia Store.


Sementara itu, siri Nokia XL pula dilengkapi dengan landskap skrin WVGA berukuran 5 inci yang digabungkan dengan kamera depan 2MP dan kamera belakang 5MP.


Manakala untuk aplikasi pemetaan siri Nokia X ini menggunakan aplikasi yang dibuat oleh Nokia, iaitu ‘Here Maps’. Pengguna Nokia X juga akan diberi perkhidmatan Skype percuma untuk sebulan tanpa had dan penyimpanan disediakan 10GB OneDrive percuma.


Nokia X ini yang mana berharga sekitar 89euro (RM 400.47), Nokia X+ pula berharga 99euro (RM 445.46), dan Nokia XL berharga 109 euro (RM 490.46).

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)