Recent Comments

Sunday, November 17, 2013

Haramkah Facebook?


Artikel kali ini mahu memfokuskan perbincangan tentang beberapa fenomena dan hukum berkaitan aktiviti di facebook. Walaupun tidak ada satu pun ayat Al-Quran mahupun hadith Nabi s.a.w yang menyebut secara khusus berkenaan dengan hukum facebook, tetapi Islam menyediakan kaedah-kaedah tertentu yang sesuai digunakan sebagai kaedah umum bagi semua keadaan yang bersifat khusus.

Facebook adalah laman sesawang yang sangat popular dan sangat mudah berkomunikasi di seluruh dunia. Facebook juga merupakan laman yang sangat efektif untuk menyebarkan apa-apa maklumat dan apa-apa iklan perniagaan, kerana ia dapat dilihat oleh semua orang seluruh dunia. Lazimnya facebook digunakan untuk ahlinya berkomunikasi bersama kawan-kawannya dan juga kemudahan untuk soal-soal tugasan atau pekerjaan. Jadi persoalannya apakah hukum menggunakan facebook dalam islam.

Menurut Ustaz Zaharuddin dalam blognya berkata :

“Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.”

Katanya lagi :

“Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk tidak membuka dan menyertai facebook. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.”

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah secara umumnya hukum berkenaan aktiviti facebook adalah harus selagi mana pengunaanya berada dalam lingkungan batasan syariat. Pengguna facebook hendaklah mengelakkan daripada mengupload gambar-gambar peribadi yang mendedahkan aurat, mengelakkan perbualan remeh- temeh  dan melalaikan sesama bukan mahram di dalam Facebook dan elakkan menipu dalam melakukan urusan perniagaan mengunakan facebook kerana sesungguhnya perbutan-perbuatan tersebut dilarang di dalam agama islam.

sekian.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)