Penjualan PS4 pada hari pertama ianya dijual tidak dinafikan mendapat sambutan paling hangat. Pembeli beratur seawal pagi untuk mendapatkan set pertama mereka. Tetapi berbaloikan membeli?
Antara respon terawal pembeli PS4 dilaporkan mempunyai masalah dengan set PS4 mereka. Aduan-aduan ini dapat dibaca diruangan reviu laman web amazon dan juga laman web bantuan teknikal Sony. Antara masalah yang dilaporkan ialah kegagalan set PS4 pengguna memainkan permainan dan kerlipan lampu biru yang berpanjangan.
Laman web mashable.com melaporkan, terdapat 373 reviu di Amazon yang memberikan set PS4 Sony dengan skor 1 bintang sahaja. Julian Woodrum, antara salah seorang pembeli set PS4 tersebut melaporkan set belian telah rosak sejak dibeli lagi ketika di pasang PS4 tersebut hanya mengerlipkan lampu biru dan tiada paparan pada langsung di skrin.
Pembeli lain yang menggunakan akaun ;Klueso-007’ di Amazon juga mengadu masalah yang sama. Hanya lampu biru yang berkelip. Tambah teruk lagi unit yang dibeli tidak dapat ditukar ganti dengan alas an pihak Sony tidak mempunyai set gantian.
Dalam kenyataan rasmi yang dipetik dari IGN, pihak Sony amat terkejut dengan respon negative yang diterima pada minggu pertama penjualan PS4. Walaubagaimanapun pihak Sony mendakwa kerosakan yang dilaporkan hanyalah 0.4% dari jumlah keseluruhan penjualan. Sony juga menambah pihak mereka berjanji akan mengambil berat tentang perkara ini. Menurut mereka lagi, ini hanyalah insiden kecil yang tidak akan menganggu pelancaran PS4 di seluruh dunia.
http://www.youtube.com/watch?v=JbQeFR-yML0
0 comments:
Post a Comment