Recent Comments

Sunday, December 15, 2013

OPPO N1: Telefon pintar pertama dengan kamera boleh pusing


Baru-baru ini syarikat telefon pintar dari Negara China, OPPO telah melancarkan produk terbaru telefon pintar mereka OPPO N1. Walaupun pelancaran ini hanya terhad pada pasaran Eropah dan Amerika Syarikat, syarikat OPPO mensasarkan pasaran Asia selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Telefon pintar ini yang dilengkapi skrin 5.9 inci Full HD datang kelainan yang tidak terdapat pada telefon pintar lain, kameranya boleh dipusingkan bagi kegunaan depan dan belakang telefon pintar ini. Selain kekuatan kamera 13 megapiksel, telefon pintar ini juga dikuasakan cip pemproses Snapdragon 600 1.7ghz dan RAM 2gb. Peranti ini beroperasi atas sistem operasi Android 4.2 dengan sokongan rasmi Cyanogenmod.

Antara fungsi unik lain telefon pintar ini adalah fungsi sentuhan sensitif di badan belakang telefon pintar ini yang dinamakan O-touch. Fungsi ini membolehkan pengguna mengawal navigasi peranti tanpa menyentuh skrin hadapan.

Harga pasaran dijangkakan pada USD559

https://www.youtube.com/watch?v=o4n_YtljZDI

https://www.youtube.com/watch?v=O9B-IhBcTcI

 

Filled Under:

1 comments:

  1. […] anda pernah membaca artikel kami yang lepas mengenai syarikat telefon pintar yang terbaru dari Tanah Besar China, Oppo […]

    ReplyDelete


 

Feature Ad (728)