Projek hebat ini yang pada mulanya diasaskan oleh Motorola sebelum diambil alih oleh Goole telah diberi nafas baru. Diberi nama Projek Ara, projek ini memberi fokus untuk mengeluarkan telefon pintar yang boleh diubahsuai seperti membina ala permainan lego. Fungsi ini memberi kuasa penuh kepada pengguna untuk mereka bentuk telefon pintar mereka sendiri mengikut citarasa yang tersendiri.
“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan satu kesinambungan antara pengguna, pembangun dan telefon pintar. Ini memberikan pengguna kawalan penuh atas memilih rupa, bentuk, fungsi, buatan dan tempoh masa telefon pintar itu digunakan” memetik dari sebuah artikel di blog Syarikat Motorola yang mengumumkan Projek Ara isnin lepas.
Projek Ara juga merancang untuk menarik minat pembangun pihak ketiga untuk sama-sama bekerjasama menghasilkan modul-modul yang menarik dan dalam masa mempopularkan projek ini. Motorola dijangka melancarkan kit pembangun Projek Ara pada hujung tahun ini.
https://www.youtube.com/watch?v=BaPf4ZIbDVM
https://www.youtube.com/watch?v=oDAw7vW7H0c
0 comments:
Post a Comment