Recent Comments

Thursday, December 19, 2013

Skully P1: Topi keledar pintar Android


Sebuah syarikat pengeluar gajet terkini Amerika Syarikat dilaporkan sedang menguji produk terbaru mereka iaitu topi keledar pintar operasi Android Skully P1. Skully P1 adalah topi keledar saiz muka penuh yang dilengkapi dengan komputer mini yang dioperasikan oleh sistem operasi Android. Walaupun fungsi yang agak radikal, topi keledar ini telah pun diluluskan penggunaannya di atas jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Amerika Syarikat.


Topi keledar tersebut adalah ringan jika dibandingkan dengan topi keledar biasa yang mana ia diperbuat dari gentian kaca fiber ‘tri-composite’. Idea inovasi topi keledar ini datang berikutan kemalangan motosikal yang menimpa CEO syarikat tersebut Marcus Weller pada tahun 2011.


Apa yang membuatkan topi keledar ini istimewa adalah kerana fungsi paparan visual pada cermin tutup muka yang dinamakan Synapse Heads Up Dislay. Pemakai topi keledar ini boleh mengakses peta navigasi dan melihat pemandangan belakang helmet melalui kamera pandang belakang 180 darjah melalui paparan di cermin tutup muka topi keledar tersebut. Fungsi ini sudah pastinya membolehkan penunggang dapat melihat pandangan belakang dengan lebih jelas sekaligus mengurangkan risiko kemalangan.


skull P1 Helmet Demo


Menurut syarikat ini juga, paparan muka yang ditetapkan tidak menganggu konsentrasi penunggang untuk terus fokus di jalan raya. Situasi ini sama seperti memakai google glass, cuma bezanya dengan pelindungan penuh.


Skully P1 dilengkapi dengan sambungan Bluetooth dan ianya boleh dipasangkan kepada telefon pintar anda. Lebih menarik dengan menggunakan kawalan suara, pemakai boleh mengawal dan mendengar muzik menggunakan telefon dan menghantar sms tanpa perlu memegang telefon tersebut. Dan terima kasih kepada bateri dalam terbina pada topi keledar ini, Skully P1 boleh bertahan sehingga 9 jam penggunaan dan isian semula bateri boleh dilakukan melalui sambungan micro-usb yang standard.



Topi keledar ini akan mula dipasarkan pada tahun 2014. Akan tetapi belum ada berita tentang harga yang ditetapkan. Pada mereka yang selalu berangan nak jadi ‘iron-man’ pastikan topi keledar ini menjadi antara satu koleksi gajet cool anda.


P/s: Jangan pula panggil topi keledar ini ‘Jarvis’ :)


Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)