Recent Comments

Saturday, December 14, 2013

Tips membeli ‘Gaming Wheel’


‘Gamer’ tegar pasti setuju dengan kenyataan saya, ‘mouse’ dan ‘keyboard’ tidak sesuai untuk permainan perlumbaan kereta. Penggunaan kunci anak panah sebagai stereng dan kekunci lain sebagai pedal minyak nyata menyusahkan. Alternatif lain mungkin seperti ‘Xbox Controller’ juga bagi saya masih tidak relevan. Dengan lambakan permainan komputer berkonsepkan perlumbaan kereta resolusi tinggi, pemain pasti ingin merasakan pengalaman sebenar bermain.

Penyelesaiannya, alat kawalan stereng, tapi persoalannya yang mana satu? Di pasaran terdapat berpuluh-puluh dan mungkin beratus model untuk dipilih. Dari yang murah hinggalah yang mahal, dari yang rapuh hingglah yang tahan lasak. Bagi saya, yang paling penting ialah bijak membeli. Bak kata peribahasa, alah membeli senang merasa. Artikel ini adalah sebagai panduan kepada ‘gamer’ tegar di luar sana dalam membeli alat kawalan permainan lumba kereta.

 

Pusingan dan saiz roda




Alat kawalan ini fungsinya meniru rupa dan rasa stereng sebenar kereta. Dan adalah sangat penting untuk memilih alat kawalan ini berdasarkan saiz dan keupayaan putaran roda. Model yang murah biasanya mempunyai tahap putaran yang terhad yang pada saya langsung tidak serupa dengan kereta sebenar. Melainkan anda memantau kereta F1. Bagi model yang mahal pula tahap putaran roda boleh menjangkau sehingga 1080 darjah putaran yang nyata rasa lebih sebenar memandu kereta yang nyata. Bergantung kepada pilihan si ‘gamer’ tapi bagi saya pilih alat kawalan yang punya putaran lebih tinggi ini adalah kerana model-model sebegini kawalannya lebih sensetif dan tegap.

 

Getaran dan ‘Force Feedback’




‘Force Feedback’ adalah kelebihan di mana roda stereng alat kawalan ini berputar secara automatic melawan arah putaran pengguna. Kelbihan sebegini membuatkan pengalaman bermain menjadi lebih teruja. Tapi pengguna perlu lebih berhati-hati memilih kerana ada jenis-jenis model yang murah yang mengiklankan barangan mereka mempunyai kelebihan ‘Force Feedback’ padahal ianya hanya bergetar seperti alat kawalan tangan dual shock playstation. Tiada lawan balik.

‘Force Feedback’ berfungsi dengan adanya motor elektrik di tengah-tengah roda alat kawalan. Model yang murah biasanya mempunyai satu motor manakala yang mahal mempunyai dua motor. Dua motor maknanya lebih kuat ‘Force Feedback’nya berbanding yang satu motor. Sebagai contoh Logitech Force Feedback GT hanya mempunyai satu motor berbanding Logitech G27 yang mempunyai dua.

 

Pedal pemijak




Alat kawalan stereng kereta pastinya tidak sah kalau tiada pedal. Kalau yang murah sekalipun pasti juga datang dengan pedal. Yang menjadi isunya ialah tahap tahan lasak.

Model yang murah biasanya datang dengan pedal plastik dan disokong dengan spring kecil. Kalau si pengguna jenis yang berhati-hati mungkin boleh tahan lama. Tapi kalau ditanya pada saya, insyaallah seminggu dua lagi jahanamlah pedal tersebut.

Model yang mahal pula biasanya datang dengan binaan yang tahan lasak. Sistem pedal bergantung dan disokong dengan spring tahan lasak. Lebih menarik lagi ianya juga dilengkapi dengan sensor pemijak yang mana mengesan sedalam mana pedal tersebut dipijak. Barulah rasa macam memandu kereta betul!!

Contoh model yang datang dengan spesifikasi di atas ialah Logitech G27.

 

Klac Kaki




Salah satu lagi aspek yang perlu dipertimbangkan ialah pedal klac kaki. Model yang murah seperti Momo Racing Wheels datang dengan pedal minyak dan brek sahaja. Tiada klac. Bagi saya kekurangan sebegini menjadi kelemahan besar bagi saya yang gilakan kereta transmisi manual. Lebih-lebih lagi sekiranya si pengguna ingin rasa ‘Feel’ kaki ‘Drifter’, klac kaki mesti jadi pilihan wajib.

 

Kesesuaian




Aspek terakhir yang perlu dipertimbangkan ialah kesesuaian alat kawalan tersebut dengan platform permainan pengguna. Sekiranya pengguna menggunakan komputer untuk bermain permainan lumba kereta, saya kira tidak perlu risau panjang. Kebanyakkan alat kawalan stereng boleh dipasang pada komputer. Cuma jika platform yang digunakan adalah PS3 atau PS4 sila rujuk dulu manual alat tersebut.

 

Rumusan


Dalam panduan ini saya telah menerangkan secara ringkas aspek-aspek penting dalam pembelian alat kawalan stereng untuk permainan perlumbaan kereta.

Sekiranya pengguna masih samar-samar model yang mana berbaloi untuk dibeli ini mahal sangat. Untuk mereka yang mempunyai bajet terhad pilih antara dua:-

1. Momo Stereng Wheel atau



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
2. Logitech Driving Force GT



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dan untuk mereka yang benar-benar ingin pengalaman seperti memandu kereta sebenar, ini pilihan saya:-

 

1. Logitech G25



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2. Logitech G27



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selamat membeli dan salam Deras!!

 

 

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)