Recent Comments

Tuesday, January 21, 2014

Amazon patenkan teknologi jangkaan untuk penghantaran cepat


Jika tahun lepas Jeff Bezos pernah mengejutkan dunia dengan rancangan beliau untuk menggunakan Drone sebagai mod penghantaran barangan Amazon kali ini mereka dilaporkan pula untuk mengurangkan masa penghantaran kepada pelanggan dengan menghantar barangan yang sering mendapat pemintaan kepada hab perkapalan berhampiran dengan lokasi bakal pembeli.

Amazon dikatakan telah mempatenkan teknologi pandang-kehadapan ini pada akhir Disember tahun lepas. Syarikat itu memanfaatkan jumlah besar data pelanggan yang dikaji, dan cuba untuk meramal pembelian masa depan pelanggan. Menurut paten tersebut, sistem ini "Akan meramalkan atau mengspekulasi pakej penghantaran untuk menentukan kawasan destinasi geografi tanpa perlu menyatakan alamat penghantaran"  Langkah sedemikian dilaporkan berguna untuk barangan, yang popular atau barangan yang ditempah sebelum pelancaran.

Salah satu kelemahan sistem ini adalah kos yang mahal sekiranya pelanggan memulangkan barangan, tetapi Amazon adalah bersedia untuk mengambil risiko dan mengurangkan kerugian dengan menawarkan diskaun yang banyak. Mereka juga boleh menawarkan barangan lain sebagai hadiah percuma untuk membina ikatan yang kuat dengan pelanggan. Diperhatikan Amazon kini berusaha gigih untuk menjaga hati pelanggan-pelanggannya.


amazon patent logistic


Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)