Recent Comments

Sunday, January 26, 2014

Apple rai ulang-tahun ke 30 dengan video dan laman yang baru


Dua hari lepas, 25 haribulan Januari menandakan ulang-tahun ke-30 pengenalan produk Macintosh oleh syarikat gergasi Apple. Pada tarikh ini jugalah Pengarah Operasi Apple Steve Jobs pernah memukau ribuan jemputan di majlis demonstrasi produk Macintosh yang pertama selepas dua iklan promosi mereka ditayangkan semasa Super Bowl pada tahun 1984. Iklan ini meninggalkan nostalgia yang begitu ketara kepada peminat-peminat produk Apple kerana penyampaiannya yang unik dan produknya yang menakjubkan. Kini, selepas 3 dekad, Apple meraikan tarikh yang paling bersejarah ini dengan mengabdikan peristiwa bersejarah ini di laman web mereka.


Fokus utama laman web ini adalah sebuah video durasi 3 minit yang menunjukkan semua model, bentuk dan saiz komputer Mac yang pernah dikeluarkan. Video ini juga dengan mendalam menerangkan kebolehan Mac dulu dan sekarang dari segi pengkomputeran termasuklah seni, muzik, video dan rekaan.


http://youtu.be/Xp697DqsbUU

Selain dari video tersebut, terdapat juga garis-masa yang interaktif yang menggambarkan sejarah produk Mac bersama-sama dengan kisah pereka, artis dan jurutera yang menggunakan produk Mac tersebut.


Antara mereka ialah pencipta Photoshop, John Knoll dan pencipta Myst, Robyn dan Rand Miller. Apple juga telah menyediakan kaji selidik untuk pengguna yang dinamakan “Produk Pertama Mac Anda” yang mana bertanya kepada pengguna model Mac pertama mereka dan kegunaannya.


Walaupun ianya retrospektif, Apple dilihat senantiasa dihadapan dalam menghasilkan produk yang inovatif di masa hadapan. Ini dilihat selari dengan prestasi Apple sejak mereka ditubuhkan yang tidak pernah menghampakan peminat mereka dalam menawarkan produk dan gajet yang ‘cool’ lagi mengujakan.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)