Recent Comments

Saturday, January 25, 2014

Hati dan jantung sumber tenaga telefon pintar


Ketika ini  secara keseluruhan  peranti mudah alih menggunakan tenaga bateri untuk tenaganya. Ada pula percubaan untuk menggunakan tenaga air kencing sebagai pengganti tenaga bateri. Namun kali ini penemuan baru kembali muncul .


Penemuan yang dimaksudkan adalah dimana para penyelidik gabungan dari Amerika Syarikat dan China sedang menguji kaji untuk menukar pergantungan  bateri sebagai tenaga untuk telefon pintar dan sebagainya.


Dalam hasil ujikaji  dan pembangunan itu, para penyelidik tidak lagi menggunakan bahan kimia atau lain untuk menghasilkan tenaga yang digunakan peranti mobile melainkan dari tubuh badan manusia sendiri.


Menurut laporan  Daily Mail  pada 23 januari baru-baru ini, para penyelidik cuba membuat organ-organ di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru dan diafragma, sebagai sumber tenaga bagi peranti mudah alih.


Cara kerja untuk menjadikan organ sebagai sumber tenaga tersebut adalah dengan meletakkan plastik kecil dengan komponen piezoelectric yang terdiri dari lead zirconate titanate nanoribbons yang ditanamkan ke dalam organ tersebut. Terdapat pula penerus yang bersepadu untuk mengubah isyarat elektrik di dalam plat plastik tersebut.


Setakat ini, para penyelidik telah menguji kaji  ke jantung seekor lembu dan ianya telah berjaya .


Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)