Hewlett-Packard telah melancarkan dua model telefon pintar terbaru mereka semalam. Kedua-dua peranti 'phablet' ini dilancarkan untuk pasaran negara India.
Seperti yang dilaporkan oleh Re/code, kedua-dua peranti ini dinamakan Slate 6 dan Slate 7 di mana 6 dan 7 adalah ukuran skrin peranti ini dalam inci. Kedua-dua tablet ini beroperasi dengan sistem operasi Android 4.2.2 dan dikuasakan oleh cip permproses empat teras bersama-sama 16GB storan dalaman.
"Pengguna mencari cara untuk menyatukan peranti. Kami fikir ada peluang untuk memasuki pasaran yang semakin meningkat di mana ada keperluan yang tidak dipenuhi," Ron Coughlin, naib presiden perniagaan PC pengguna HP, memberitahu Re/code.
Kedua-dua peranti akan mula dijual bermula Februari ini, namun begitu tiada pengumuman rasmi lagi tentang harga yang bakal dijual.
HP telah meninggalkan segmen perniagaan telefon pintar sejak beberapa tahun lepas, akan tetapi syarikat tersebut dikatakan akan memasuki semula industri pengahasilan telefon pintar sejak 2013 lagi. Dengan pelancaran dua model ini mengesahkan lagi percubaan HP menembusi pasaran telefon pintar. Namun begitu tidak dapat dipastikan apakah perancangan sebenar HP lebih-lebih lagi bagi segmen Android.
Namun begitu diharapkan model terbaru HP ini dapat dijual di pasaran tempatan memandangkan Malaysia sejak dari dahulu lagi memang sinonim dengan produk-produk HP.
0 comments:
Post a Comment