Nokia telah mengumumkan yang model terbaru mereka Asha 503 akan tiba di Malaysia Jumaat ini (10 Januari). Asha 503 adalah model pertama dari platform Asha yang mempunyai keupayaan 3.5G. Model ini juga didatangkan dengan rekaan lapisan unik yang dilapisi skrin kalis calar Gorrila Glass yang mana juga melengkung.
Telefon pintar ini dilengkapi kamera 5 mega-piksel, aplikasi perkongsian sosial dinamakan 'Swipe', dan paparan muka Fastlane yang diubahsuai untuk integrasi bersama rangkaian sosial yang lain. Selain itu, telefon pintar ini juga ditawarkan secara satu sim atau 2 sim dengan kelebihan Easy Swap Dual Sim. Kelebihan ini membolehkan pengguna bertukar antara kad sim tanpa perlu mematikan telefon tersebut. Untuk storan pula, Asha 503 didatangkan sekali dengan kad mikroSD 4GB yang mana bole dinaiktaraf sehingga 32GB.
Spesifikasi:
- Paparan melengkung 3inci Gorilla Glass
- 110.2g
- Waktu sedia sehingga 35 hari (model satu sim)
- Waktu sedia sehingga 20 hari (model dua sim)
- Kamera 5 mega-piksel dengan cahaya LED
- Terdapat dalam warna kuning, merah, putih dan hitam
Nokia Asha 503 akan dijual pada harga RM319 dan boleh dibeli dari pengedar sah Nokia Malaysia bermula esok.
0 comments:
Post a Comment