Seperti produk-produk lain dipasaran, Puppy dipasangkan pada kolar haiwan kesayangan anda dan membolehkan anda memantau pergerakan haiwan tersebut melalui sambungan Bluetooth di telefon pintar anda. Namun begitu, Puppy ada kelainannya yang tersendiri.
Bluetooth adalah teknologi yang terbaik untuk menyambungkan set fon kepala kepada telefon pintar anda atau menyambungkan aplikasi pemantauan kesihatan ke tablet anda.
Ianya juga sesuai digunakan untuk memantau hampir kesemua benda, baik dari kunci sehinggalah ke peranti mudah alih sendiri asalkan ianya berada di dalam jarak yang efektif iaitu kira-kira 200 kaki. Dan oleh sebab itu jika ianya digunakan untuk menjejak pergerakan haiwan peliharaan ianya agak terhad. Kemungkinan hilang jejak sangat tinggi dengan teknologi ini.
Akan tetapi apa yang membuatkan BeLuvv Puppy sangat lain dari yang lain ialah ianya mampu menggunakan rangkaian rakan si pemilik haiwan ini sebagai sebuah kumpulan penjejak maya.
Selepas aplikasi ini dimuat turun ke iPhone (versi android masih belum tersedia) dan klip Puppy telah dipasangkan ke kolar haiwan peliharaan anda, isyarat Bluetooth peranti ini secara automatik akan ‘ping’ telefon rakan atau keluarga si pemilik haiwan tersebut yang mana berada dalam liputan Bluetooth telefon tersebut.
Apa yang anda perlu buat ialah dengan member maklumat dan kebenaran kepada telefon-telefon pintar yang lain. Ianya seakan-akan menguruskan tetapan privasi di Facebook, bahkan lebih mudah lagi.
Walaupun peranti ini jelas kekurangan jika dibandingkan dengan produk lain yang menggunakan pengesan GPS sebagai medium hubungan, Puppy boleh dikatakan murah, ianya tahan lasak dan kalis air dan baterinya mampu bertahan diantara 4 bulan sehingga setahun dengan sekali caj.
Puppy akan mula dipasarkan Februari ini dengan harga $29.95 (RM99).
saya harap ada gajet puppy dapat kurangkan masalah kehilangan haiwan kesayangan..
ReplyDeleteBetul. Peranti ini pasti dapat mengurangkan masalah kehilangan haiwan kesayangan. Tapi kalau melibatkan kecurian payah sikit kot. :)
ReplyDelete