Avegant Glyph adalah sebuah peranti paparan boleh pakai yang direka untuk membolehkan pengguna menonton TV, filem dan bermain permainan video di konsol dan peranti mudah alih. Apa yang bezanya berbanding peranti yang lain, Avegant Glyph menggunakan paparan retina maya yang mana terdiri daripada 2 juta cermin mikro untuk memantulkan imej terus ke mata pengguna. Berbanding cara biasa yang menggunakan skrin.
Ianya mungkin kedengaran seperti akan menyakitkan mata, tetapi menurut Avegant hasil ujikaji yang dijalankan ke beberapa orang penguji mendapati ianya tidaklah seperti yang disangka. Pengguna mungkin berasa sedikit tidak selesa tetapi ianya sangat minima. Syarikat ini juga mendakwa penguji-penguji yang menguji produk prototaip ini juga dilaporkan tidak mengalami sebarang pening kepala atau mual selepas menggunakan peranti yang unik ini. Imej yang dihasilkan juga sangat terang dan jelas.
Glyph disambungkan ke peranti hiburan anda menerusi sambungan kabel HDMI. Glyph juga boleh digunakan sebagai fon kepala dengan memusingkan skrinnya ke atas. Jangka hayat bateri walaubagaimanapun hanya terhad kepada 3 jam dan ianya boleh di cas semula menggunakan kabel micro USB.
Avegant melancarkan kempen di KIckstarter dengan matlamat asal untuk mengumpul $250,000. Walaubagaimanapun kempen tersebut berjaya mencapai sasaran hanya beberapa jam dilancarkan dan kini telah mencapai lebih setengah juta dollar dalam masa 24 jam. Tiada sebarang pengumuman tentang harga yang bakal ditetapkan tetapi bagi mereka yang mengikuti kempen ini dengan bayaran $499 ke atas akan diberikan sebuah prototaip Beta Glyph yang beroperasi sepenuhnya.
0 comments:
Post a Comment