Recent Comments

Thursday, January 23, 2014

Pengecas mudah alih ARK mampu mengecas peranti mudah alih tanpa wayar Qi


Pengecas mudah alih tanpa wayar dilihat semakin mendapat tempat di kalangan pengguna peranti pintar mudah alih lebih-lebih lagi dengan wayar yang kadangkala menyerabutkan keadaan membuatkan pengecas jenis ini mendapat tumpuan. ARK adalah pengecas tanpa wayar mudah alih yang terbaru berada di pasaran. Ianya menggunakan teknologi Qi, standard beroperasi dalaman yang dibangunkan oleh Wireless Power Consortium.


Direka oleh Bezalel, ARK bersesuaian dengan semua peranti persijilan- Qi, ini termasuklah iPhone 4 dan ke atas, siri nokia Lumia, Samsung Galaxy S3/S4 dan Nexus 7. Pengecas ini boleh digunakan terus dengan peranti yang berkeupayaan cas tanpa wayar- Qi (seperti Nexus 7) manakala peranti iPhone memerlukan bekas pengecas khas, yang mana disertakan sekali bersama-sama pengecas ini. Untuk peranti Samsung pula sekeping pelekat khas perlu di lekatkan pada bateri sebelum dapat digunakan.


Pembangun ARK juga mendakwa, selepas sessi ujian dilakukan ke atas iPhone 5S, di dapati pengecas ARK ini mampu mengecas peranti tersebut 20 peratus lebih pantas berbanding pengecas tanpa wayar yang lain atau 5 peratus lebih pantas berbanding pengecas konvensional berwayar. Tapak bateri pengecas ini juga mampu bertahan sehingga 3 kali isian penuh dan mempunyai satu port USB untuk dual cas sekiranya pengguna mempunyai peranti mudah alih kedua, contohnya tablet.


ARK WIRELESS CHARGER


ARK Bezalel


Ark portability


ARK all terrain










Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)