Menambah follower di Twitter bukan perkara mudah. Lebih-lebih lagi jika akaun anda masih baru dan hanya sedikit pengikut. Trend di laman Twitter biasanya berdasarkan jumlah pengikut anda barulah ada orang yang sudi menjadi follower anda.
Sekiranya anda mahu menambah follower anda tetapi tidak mahu mengeluarkan wang untuk melanggan perkhidmatan menambah Twitter follower anda, saya ada cara yang lebih mudah dan paling menarik ianya percuma. Anda cuma perlu ikut langkah-langkah mudah di bawah dan Isyaallah pengikut anda akan bertambah bergantung pada tahap kerajinan anda.
Tambah Twitter follower mengunakan Laman Pertukaran Sosial – AsiaCube.com
AsiaCube.com adalah antara laman pertukaran media sosial yang terbaik dan paling sesuai dengan bentuk geografi di Malaysia. Anda boleh menambah pengikut Twitter anda di AsiaCube.com dimana pengguna laman web ini boleh menukar follower dan likes sesama sendiri. Konsepnya sangat mudah, sekiranya ada 1000 orang menggunakan perkhidmatan AsiaCube.com dan mempunyai akaun Twitter maka kemungkinan untuk anda menambah 1000 pengikut adalah cerah.
Bagaimana AsiaCube.com berfungsi?
Seperti diterangkan di atas, AsiaCube.com berfungsi berkonsepkan ‘pertukaran’ sesama sendiri menerusi sistem yang disediakan. Pertukaran ini dikawal menggunakan sistem coin. Sistem coin ini akan menentukan pengguna yang mana mempunyai banyak klik atau aktif. Pengguna yang aktif akan diberikan lebih banyak coin dan juga bonus harian.
Coin ini sangat penting kerana coin tersebut akan menjadi matawang kepada pengguna untuk proses penukaran, menambah Twitter follower, menambah like, menambah G+1, dan menambah peminat fanpage anda. Sekiranya anda lebih aktif, maka lebih banyak perkhidmatan AsiaCube.com boleh dilanggan.
Tambah coin untuk tambah Twitter Follower lebih banyak.
Apa-apa perkhidmatan di AsiaCube.com akan memberi anda coin. Tetapi untuk artikel kali ini, saya akan berkongsi cara untuk mendapatkan coin menggunakan modul Twitter. Pastikan anda sudah mendaftar di AsiaCube.com (pendaftaran percuma). Anda juga perlu ada akaun Twitter yang aktif.
1. Log masuk ke AsiaCube.com
2. Log masuk ke akaun Twitter anda di pelayar web yang sama. (contoh: Firefox, Chrome,Opera, dsb)
3. Di bawah pilihan ‘Earn Coin’, pilih Twitter.
4. Anda akan melihat page dari pengguna yang lain disusun mengikut nilai coin. Coin yang lebih banyak berada di tempat pertama dan seterusnya.
5. Klik butang ‘Follow’ pada mana-mana user.
6. Coin akan ditambah sekiranya anda ‘Follow’ pengguna tersebut.
7. Sekiranya anda menemukan sebarang masalah (cth: coin tidak ditambah atau tidak dapat follow) klik butang ‘report’.
8. Ulang langkah-langkah di atas sehingga anda mendapat coin yang cukup.
Dengan mempunyai coin yang cukup, anda boleh memulakan penambahan Twitter follower anda. Anda boleh mendaftarkan akaun Twitter anda di ruangan ‘Add page section’ di bahagian atas modul AsiaCube.com. Pastikan anda memilih pilihan Twitter di tetingkap pilihan jenis akaun. (twitter)
Tetapkan jumlah coin per klik (CPC) anda. Jumlah cpc yang tinggi akan meletakkan akaun Twitter anda dimukasurat pertama modul Twitter dan memungkinkan anda menambah Twitter follower anda dengan cepat dan banyak. Jumlah coin ini terpulang pada anda dan saya senaraikan sebagai permulaan tetapkan antara 4-8 coin setiap Cpc.
Sistem AsiaCube.com berfungsi dengan efektif sekiranya lebih ramai pengguna berdaftar di laman web pertukaran media sosial ini. Promosikan AsiaCube.com kepada rakan-rakan anda. Lebih ramai lebih meriah. Apa tunggu lagi klik gambar di bawah untuk mula menambah Twitter Follower anda!
0 comments:
Post a Comment