[dropcap]S[/dropcap]ejak kebelakangan ini, Android dan tablet tidak dinafikan menjadi trend yang hangat apabila memperkenalkan pelbagai laman sosial berbual percuma dan ini memungkinkan pertambahan aplikasi berbual menerusi telefon pintar lebih menarik.
Pengurus Nasional WeChat Louis Song mengatakan pertumbuhan penggunanya yang melebihi satu juta secara global membuktikan tahap relevannya di pasaran selain kadar penembusan aplikasi itu kini mencecah 90 peratus di Malaysia. Dengan itu, kesempatan ini digunakan untuk memperkenalkan ‘sticker’ terbaru antaranya seperti ‘Chewyhams’, ‘Puppy Time’, ‘Frog’ dan ‘Horse’.
Menurutnya lagi, terdapat juga aplikasi suntingan gambar percuma seperti ‘StoryCam’ mampu memberi kepuasan kepada pengguna apabila pengguna boleh menggunakan 13 teknik suntingan, waktu, lokasi , cuaca dan tarikh tepat foto diambil. Lebih dari itu, perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh pengguna WeChat adalah komuniti yang mampu memuatkan lebih ramai ahli apabila had maksimum 40 orang telah ditingkatkan kepada 100 orang ahli menjadi kenyataan.
Aplikasi berbual WeChat yang juga turut terkenal dengan permainan online bakal menjadi kegilaan pengguna apabila empat siri permainan video yang baru diperkenalkan antaranya ‘Wreckless Racer’, ‘Gunz Dash’, ‘Craz3 Match’, dan ‘2Day’s Match.
Pemainan ini yang mana menggunakan haiwan sebagai subjek dan bagi setiap siri membawakan pengalaman yang berbeza-beza kepada pengguna yang terdiri daripada permainan lumba, fantasi, ‘puzzle’ dan menguji kepintaran pengguna.
0 comments:
Post a Comment