Telefon pintar hari ini sudah sinonim kepada penggunanya. Setiap aktiviti harian juga semakin banyak melibatkan telefon pintar seperti menghantar mesej, memeriksa emel, berita, cuaca, lalu lintas, dan sebagainya.
Dengan menggunakan intensiti yang tinggi, adakah kita pernah terfikir telah menggunakan telefon pintar dengan cara yang selamat? Tidak kiralah dari segi menghadapi ancaman bahaya dalam dunia sebenar atau maya.
Penanggung insurans Protect Your Bubble seperti yang dipetik dari Phone Arena, mengeluarkan senarai 10 aktiviti yang melibatkan risiko untuk pengguna telefon pintar.
[pageheader class="yourcustomclass"]1. Tidak menggunakan "password"[/pageheader]
[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/unlock-your-Smartphone-without-the-right-password-or-lock-pattern.jpg"]
Penyelidikan yang dijalankan oleh Protect Your Bubble menunjukkan bahawa 62% daripada pengguna telefon pintar tidak melindungi kata laluan peranti. Malah, 33% daripada pengguna telefon pintar terdedah kepada kecurian data.
[pageheader class="yourcustomclass"]2. "Auto Sign-in"[/pageheader]
[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/Infographic2.png"]
Kesilapan kedua ialah risiko untuk membolehkan automatik log masuk bagi akaun penting seperti perbankan. Di samping itu, menyimpan kata laluan dalam telefon pintar juga banyak yang dilakukan oleh pengguna iaitu kira-kira 32%.
[pageheader class="yourcustomclass"]3. Foto "XXX"[/pageheader]
[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/130208021500-smartphone-iphone-xxx-jc-monster.jpg"]
Sebanyak 20% daripada pengguna berusia remaja ternyata mereka menghantar gambar bogel melalui mesej pesanan atau muat naik ke internet. Bagi 17% penerima foto tersebut biasanya akan menghantar foto tersebut kepada orang lain pula.
[pageheader class="yourcustomclass"]4. “Emel" perangkap[/pageheader]
[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/362-ca-03-phishing-emails-illo-580x358.jpg"]
Kecurian data juga boleh berlaku jika seseorang klik pautan yang disertakan di dalam emel, tanpa mengesahkan terlebih dahulu. Penipuan ini berlaku sebanyak 4%. Walaupun di luar sana terdapat 156 juta ‘email phishing’ akan dihantar setiap hari.
[pageheader class="yourcustomclass"]5. "Post" gambar semasa bercuti[/pageheader]
[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/facebook-vacation-dont-update-status-photo-pic.jpg"]
Dari penyelidikan yang dijalankan oleh Protect Your Bubble, 75% daripada pencuri yang ditangkap mendakwa bahawa pencuri lain mengambil kesempatan daripada media sosial untuk mensasar sasarannya.
[pageheader class="yourcustomclass"]6. "Post" gambar dengan ciri-ciri "geotagging" aktif[/pageheader]
[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/size0.jpg"]
Kebanyakan pengguna tidak mematikan lokasi geolocation atau geotagging apabila memuat naik gambar ke internet. Pada masa ini terdapat kira-kira 500 juta gambar dimuat naik ke media sosial setiap hari.
[pageheader class="yourcustomclass"]7. Memberikan data peribadi kepada penipu[/pageheader]
[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/insider-data-theft.png"]
Kecurian data juga dilakukan oleh penipu yang menyeru pihak-pihak tertentu seperti bank. Penipuan dengan modus seperti ini berlaku sebanyak 27% menurut data Protect Your Bubble.
[pageheader class="yourcustomclass"]8. Tidak menggunakan"casing"[/pageheader]
[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/casing.jpg"]
Kira-kira 25% pengguna tidak menggunakan ‘casing’ (bekas) untuk telefon pintar mereka. Bekas iniberguna untuk melindungi telefon pintar daripada kesan, calar, atau cuaca.
[pageheader class="yourcustomclass"]9. Terhubung dengan rangkaian yang terdedah[/pageheader]
[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/wifi_security.jpg"]
Berdasarkan hasil kajian, kira-kira 52% daripada pengguna telefon pintar bersambung ke rangkaian WiFi yang terbuka, atau tidak dilindungi. Ini meningkatkan risiko kecurian data.
[pageheader class="yourcustomclass"]10. Tidak dilindungi insurans[/pageheader]
[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/claim-insurance-on-smartphone.jpg"]
Protect Your Bubble mendedahkan bahawa kira-kira 60% daripada pemilik telefon pintar tidak menginsuranskan peranti mereka. Di luar negara, insurans telefon pintar biasanya ditawarkan apabila pengguna membuat pembelian.
0 comments:
Post a Comment