Recent Comments

Sunday, February 23, 2014

Asteroid raksasa yang nyaris melanggar bumi hilang tiba-tiba


Beberapa hari yang lalu diberitakan bahawa sebuah asteroid raksasa bergerak mendekati bumi dan dinyatakan bahawa ianya  akan melanggar Bumi tepat pukul 9 pagi pada tarikh 18 Februari .


Ia dinamakan Asteroid 2000 EM26, yang mana  diramalkan bahawa, ianya  akan menghentam bumi, namun dijangka hentamannya  tidak membawa apa - apa  ancaman, seperti yang dinyatakan di laman sesawang Antara pada minggu lepas iaitu pada 17/2/2014.


Menurut Digital Luar Angkasa Sloosh Space Camera, diramalkan bahawa asteroid sebesar padang bola sepak tersebut, akan jatuh dan menghentam  bumi, pada pukul 9 malam waktu AS, atau lebih kurang  jam 10 pagi waktu Malaysia.


Selain itu, Para saintis menganggarkan 2000 EM26 mempunyai diameter 270 meter dengan kepantasan kelajuan cahaya  12.37 km per saat, kata Slooh. Dimana, Asteroid ini akan berada sekitar 8.8 kali jarak diantara Bulan dan Bumi.


Tetapi persoalannya sekarang ialah,  apabila sebuah teleskop robotik dihantar untuk menjejakinya, secara tiba-tiba  asteroid tersebut  tidak  dijumpai dan dikatakan hilang  ke mana, seperti mana yang tertera dilaman sesawang Antara  pada 21/2/.  Sehingga menyebabkan Para astronomi meminta pemerhati ruang angkasa untuk membantu menjejakinya. Namun hingga kini asteroid  tersebut belum berjaya ditemui.


asteroid 2000 em26


"Ini tidak masuk akal jika asteroid tiba - tiba hilang. Kemungkinan terbesarnya adalah para saintis meletakkan teleskop pada posisi atau tempat yang tidak tepat untuk melihat asteroid tersebut, " ujar Ketua Pegawai Eksekutif Slooh , Michael Paolucci. Setelah  asteroid bersaiz sebesar padang bola sepak tersebut tiba-tiba menghilang. Dan ini menyebabkan beberapa ahli astronomi menganggarkan bahawa teleskop itu diletakkan pada titik yang salah.


Memang sebenarnya asteroid itu tidak akan menghentam bumi secara tegak lurus, hanya saja 2000 EM26 mungkin akan merempuh atau bergeser dengan bahagian luar atmosfera Bumi.


Namun kehilangan asteroid secara misteri ini cukup menghairankan . Kini beberapa ahli astronomi dan para ahli berusaha menjejaki pergerakan 2000 EM26 itu berdasarkan orbit yang dilaluinya.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)