Recent Comments

Thursday, February 27, 2014

Baju berteknologi tinggi, melindungi pemakainya dari serangan


Pernahkah anda bermain sebuah permainan video pertarungan atau menonton filem Dragon Ball?  jika pernah, kedua-dua penunjuk tenaga serta kekuatan telah digabungkan bagi mewujudkan sebuah baju zirah  yang dikatakan mampu melindungi pemakainya daripada serangan dan pukulan lawan.


Apa yang dimaksudkan dengan penggabungan tersebut adalah apabila anda sedang bermain permainan video pertarungan pastinya ada penunjuk tenaga dan kekuatan serta nyawa di bahagian atas. Apabila penunjuk tersebut semakin habis, maka anda akan mengetahui jumlah nyawa watak yang sedang anda mainkan, turut berada dalam keadaan yang kritikal.



Di sisi anime berjudul Dragon Ball, ada beberapa cerita di filem anime tersebut yang menggambarkan para tokoh dari planet Saiyan yang menggunakan baju pejuang ringan dan lembut, namun mempunyai kekuatan pelindung yang maksimum.


seperti mana yang tertera dilaman sesawang Daily Mail pada 26/02, berdasarkan kepada baju pelindung  anime tersebut,  sebuah baju zirah "Unified Weapons Master" telah dicipta oleh Chiron Global, dimana pemakai baju ziarah tersebut akan melindungi pemakainya dari serangan, pukulan penyerang  atau sebagainya sehingga pemakainya tidak merasa sakit ketika menerima pukulan. Pemakai atau pengguna baju pelindung ini turut dapat menghantar isyarat pukulan dan mengenalpasti seberapa padu atau kuatnya pukulan yang diterimanya  ke komputer.


walaubagaimanapun, menurut penciptanya, perisai ini tidak dijual bebas dan hanya akan digunakan pada pertandingan pertarungan gaya bebas di dalam sebuah gelanggang.


Baju zirah ini telah diuji oleh sejumlah ahli bela diri termasuk salah satunya adalah petarung dari Muang Thai bernama Sone Vannathy. hasilnya beliau telah  mengatakan bahawa, dengan digunakannya baju ini, maka tidak akan ada lagi kecederan atau luka yang diterima oleh lawan atau juga dirinya.


[video type="youtube" link="https://www.youtube.com/watch?v=M68WtF88w6A&feature=youtu.be" width="100%" height="350px"]

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)