Google dilaporkan sedang mengalami masalah dengan Gmail. Akibatnya, perkhidmatan e-mel percuma dari Google ini perlahan ketika diakses atau dilayari oleh sejumlah penggunanya.
Seperti mana yang dilaporkan oleh Mashable pada 31 Januari tahun ini, disebutkan bahawa masalah ini muncul akibat sebuah pincang tugas pada People Widget di Gmail dan hanya muncul untuk versi web saja. Bagi pengguna yang menggunakan widget ini, akses Gmail akan mengambil masa yang sangat lama akibat proses penyelarasan yang belum sempurna.Menyedari hal ini, Google menyiarkan sebuah e-melyang mengandungi pemberitahuan bahawa memang mereka mengalami sedikit masalah pada widget itu. Untuk mengelakkannya, maka disyorkan untuk anda tidak menggunakannya.
Hingga kini masih belum jelas berapa seberapa ramai orang atau pengguna yang mengalami masalah akibat perkara ini. Dan ianya juga belum diketahui sampai bila masalah tersebut akan diselesaikan.
0 comments:
Post a Comment