Perkara ini telah beberapa kali dibincangkan iaitu tentang pil kamera yang mana ianya berguna untuk dunia perubatan dan kali ini ada berita untuk perkembangan teknologi pil yang mempunyai kamera di dalamnya.
Baru-baru ini, badan makanan dan ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah meluluskan penggunaan pil kamera pil “PillCam” yang dibuat oleh sebuah syarikat Israel iaitu Given Imaging Ltd.
Ini bermakna rakyat Amerika berpeluang menggunakan PillCam untuk membantu melakukan diagnosis penyakit yang tidak boleh dilakukan dengan cara yang biasa.
Fungsi-fungsinya seperti pil kamera yang lain, anda menelan pil ini dan membiarkan ianya berjalan di dalam badan sambil mengambil gambar dengan resolusi yang cukup tinggi.
Menurut laman web pembangunnya, PillCam ini yang mana telah dijual pada masa ini dan dia telah digunakan hampir 2 juta pesakit tetapi baru-baru ini sahaja FDA meluluskan penggunaannya di Amerika Syarikat.
0 comments:
Post a Comment