Dua daripada telefon mudah alih terkemuka ini sudah bersaing sejak semalam berikutan pelancaran Galaxy S5 oleh Samsung pada Mobile World Congress di Barcelona. Walaupun Apple telah melancarkan iPhone 5S sejak pertengahan tahun lepas.
Berikut adalah perbandingan spesifikasi pada kedua-dua telefon:-
Galaxy S5 | iPhone 5S | |
Sistem operasi | Android 4.4.2 | iOS |
Skrin | 5.1 inci | 4 inci |
Jenis Skrin | Super AMOLED | IPS LCD |
Resolusi | 1920x1080 piksel | 1136x640 piksel |
Prosesor | 2,5GHz, 4 teras | A7 64-bit |
Memori | 2 GB | 1GB |
Kamera depan | 2,1 megapiksel | 1.2 megapiksel |
Kamera Belakang | 16 megapiksel,4K video | 8 megapiksel,1080 piksel video |
Penyimpanan | 16, 32, 64 GB | 16, 32, 64 GB |
Bateri | 21 jam waktu penggunaan, 390 jam waktu standby | 10 jam waktu penggunaan, 250 jam waktu standby |
Berat | 145 gram | 112 gram |
Dimensi | 142 x 72.5 x 8.1 | 123.8 x 58.6 x 7.6 mm |
Skrin besar daripada Galaxy S5 menjadikannya berasa lebih selesa untuk menonton filem dan membaca, tetapi kerana beratnya yang mana membuatkan ianya lebih besar. iPhone 5s pula, yang mana ianya berukuran lebih kecil dan lebih mudah dipegang, tetapi iPhone 5 tidak begitu selesa dalam menonton filem atau membaca teks.
Kedua-dua telefon ini mempunyai kelajuan maksimum. Perbezaannya, iPhone telah menggunakan sistem 64-bit, yang direka untuk meningkatkan kelajuan. Galaxy S5 pula menggunakan empat teknologi teras yang mana ianya dapat membahagikan beban kerja pada processor.
Dari segi kapasiti baterinya pula, Galaxy S5 kelihatan lebih bertenaga. Ini tidak mustahil kerana saiz bateri yang lebih besar. Telefon ini juga dilengkapi dengan pengimbas cap jari seperti mana ada pada iPhone 5s.
0 comments:
Post a Comment