Intel yang dikenali sebagai pengeluar cip pemproses dunia baru-baru ini telah memperkenalkan notebook baru yang disasarkan untuk segmen pendidikan. Notebook ini dinamakan Intel Classmate PC adalah hasil daripada kerjasama Intel dengan Hewlett Packard (HP).
Intel Classmate PC ini adalah generasi pertama yang boleh didapati di pasaran masa kini. Sebagai langkah permulaan, Intel juga menyediakan pilihan untuk Windows 8.1 pada peranti ini. Tambahan pula, mereka akan menawarkan komputer riba dengan Windows 7 dan Linux.
Di bahagian dalamnya pula, komputer riba ini menggunakan beberapa pilihan cip pemproses iaitu Intel Celeron N2806 dan Intel Celeron N2805. Notebook ini disediakan lebih khusus untuk guru-guru dan pelajar-pelajar.
Oleh itu, komputer riba ini boleh didapati pada bulan ini di sesetengah negara seperti Amerika, Eropah dan Timur Tengah. Tambahan pula, mereka juga akan menyediakan komputer riba ini untuk pasaran Asia. Tetapi belum ada lagi maklumat tentang harga komputer riba ini.
0 comments:
Post a Comment