Secara rasminya Jolla telah memperkenalkan telefon pintar Sailfish pertamanya yang dinamakan Jolla Phone. Walaupun OS Sailfish tersebut boleh digunakan secara langsung pada telefon bimbit Android tetapi ianya masih belum mencukupi kata pengurus Jolla.
Oleh itu, mereka kini ingin melancarkan aplikasi launcher Sailfish pada telefon pintar Android. Dan Pelancaran launcher tersebut bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada pengguna telefon pintar Android, dengan menggunakan atau memakai sailfish tanpa perlu memasang OS Sailfish.
Syarikat yang diasaskan oleh bekas pekerja Nokia ini, telah bekerja keras dan berusaha untuk menarik minat pengguna telefon pintar Android. Sehingga Platform Sailfish miliknya telah dilabelkan sebagai sebuah sistem operasi yang lebih terbuka jika dibandingkan dengan Android milik Google.
Walaubagaimanapun, aplikasi launcher itu masih belum boleh dimuat turun oleh pengguna telefon pintar Android. Ini kerana, aplikasi tersebut belum ada pada Google Store. Oleh itu, untuk mendapatkannya, anda perlu lawati laman web rasmi Jolla kerana, aplikasi ini hanya boleh dimuat turun di laman web rasminya dan kedai-kedai aplikasi Android yang umum.
0 comments:
Post a Comment