Recent Comments

Sunday, February 9, 2014

Kawal mimpi anda dengan pengikat kepala Aurora


Dengan adanya peranti pengikat kepala pintar ini, anda tidak akan mengalami mimpi buruk lagi. Ini kerana 'wearable device' atau peranti ini yang mana boleh dipakai pada tubuh badan anda agar dapat mengawal mimpi dan akan membangunkan anda pada masa yang tepat.


Peranti yang dinamakan Aurora ini berbentuk ‘Headband’ atau pengikat kepala yang berfungsi menggabungkan cahaya dan bunyi agar dapat membantu anda untuk mendapatkan mimpi yang jelas.


Melalui aplikasi teman-teman yang sedia ada, Aurora boleh tahu bila anda bermimpi dengan cara mengesan gelombang otak, aktiviti pergerakan mata, dan juga mengesan pergerakan badan. Dengan teknologi ‘Bluetooth Low Energy’, peranti ini boleh menyambung terus pada Android, IOS, dan juga desktop.


Memetik dari laman Kickstarter, dalam perkembangannya sebagai pencipta iWink LCC iaitu selaku pencipta Aurora mengoptimumkan keupayaan manusia yang menjadikan mimpi anda seperti berada dalam dunia sebenar apabila anda bermimpi.


iWink LCC berkata, "Aurora adalah pengikat kepala yang menginteregasikan cahaya khas dan dan bunyi untuk membantu anda sedar bahawa anda sedang bermimpi, yang mana ianya membolehkan anda untuk mengawal mimpi.


Mereka menjelaskan bahawa setiap manusia membelanjakan kira-kira satu pertiga daripada kehidupan untuk tidur. Oleh itu, mengapa tidak mengoptimumkan masa yang berharga itu? Tokoh-tokoh Innovator dunia yang mendapat banyak inspirasi daripada mimpi iaitu seperti Salvador Dali, Stephen King, Albert Einstein dan Nikola Tesla.


Dalam pembiayaan projek kempennya diplatform Kickstarter, iWink LCC telah berjaya mengumpul dana yang diperlukan, bahkan telah melebihi sasaran. Pelan Aurora ini akan bermula pengeluarannya pada Mac 2014 dan dilancarkan secara rasmi pada bulan Jun 2014.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)