Model terbaharu keluaran SRSSC penuhi kehendak dunia percetakan Sharp-Roxy Sales & Service Company (M) Sdn Bhd (SRSSC), pengeluar barangan elektrik terkemuka menerusi anak syarikatnya, Sharp Document System Division (Sharp DSD) memperkenalkan dua model mesin pencetak terbaharu, MX-6500N dan MX-7500N Pro Series.
Set mesin pencetak terbaharu yang dijual pada harga serendah RM90,000 termasuk perkakasan dan perisian itu memaparkan ciri lebih dinamik dan luar biasa berbanding pencetak sedia ada dengan membawa kualiti pengeluaran lebih maksimum, profesional, kualiti imej bertaraf dunia serta mampu mencapai tahap kelajuan cetakan sehingga 75 salinan per minit (ppm).
Ketua Bahagian Penyelesaian Dokumen SRSSC, Jun Kasawaki, berkata pelancaran dua produk terbaharu itu yang menggabungkan tiga fungsi iaitu mencetak, menyalin dan mengimbas adalah satu perkembangan positif dalam teknologi percetakan di negara ini.
“MX-6500N dan MX-7500N Pro Series adalah produk yang mengujakan kami kerana ia membawa dunia percetakan warna pada tahap baharu dengan menawarkan produktiviti yang luar biasa dan kualiti imej bertaraf dunia.
“Direka bagi keperluan bilik cetakan, ia mampu memenuhi persekitaran perniagaan dan aliran kerjaya masa kini serta menyokong keperluan media cetakan untuk memberi hasil terbaik dan berkualiti,” katanya selepas majlis pelancaran produk terbaharu itu, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Katanya, SRSSC menyasarkan penjualan 20 unit set mesin berkenaan bagi tahun ini dan ia mampu mencapai sasaran berikutan permintaan percetakan berinovasi tinggi semakin mendapat tempat di negara ini.
[caption id="attachment_2864" align="aligncenter" width="450"] Kasawaki menunjukkan mesin pencetak model Sharp MX7500 pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam.[/caption]
“Kita menyasarkan penjualan ke syarikat percetakan, percetakan komersial dan pusat percetakan seluruh negara,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, SRSSC turut merancang untuk terus memperkenalkan Sistem Dokumen Sharp (SDS) terbaharu bagi tahun ini bagi pasaran perniagaan di Malaysia menerusi penggunaan teknologi lebih canggih, berinovasi dan menepati keperluan penyelarasan dokumen serta aliran kerja pada masa ini.
“Kami turut merancang untuk meningkatkan peluang pelaburan dengan pihak yang sentiasa menyokong perniagaan dan mengukuhkan kecekapan syarikat kami,” katanya.
Walaupun berdepan cabaran pasaran, Kasawaki berkata, kekuatan dan kelebihan SDS mampu menyediakan potensi pertumbuhan memberangsangkan dalam bidang perniagaan sistem dokumen di negara ini.
[well type="well-sm"]
SUMBER
[/well]
0 comments:
Post a Comment