Recent Comments

Thursday, February 6, 2014

Penggodam guna pemacu USB rompak wang dari mesin ATM


Jenayah yang wujud pada hari ini adalah sangat teliti dengan menggunakan pelbagai  alat teknologi. Pelbagai cara dengan memanfaatkan teknologi itu boleh digunakan untuk melakukan jenayah. Jenayah itu dilakukan dengan menggunakan pemacu USB untuk mencuri wang dari mesin ATM.


Insiden seperti ini pertama kali ditemui apabila diungkapkan dalam Chaos Computing Congress yang diadakan di Jerman. Pencuri ATM ini yang mana membuat satu lubang di ATM dan kemudiannya dipasangkan pemacu USB yang digunakan untuk memuat turun kod tertentu daripada ATM tersebut.


Kod ini adalah satu perisian khas yang digunakan oleh pencuri untuk mengambil wang daripada mesin ATM tersebut. Pencuri boleh memasukkan kod angka 12 digit dan ia akan memaparkan antara muka khas.


Selain itu juga, terdapat juga kod kedua yang akan mengubah secara rawak pada setiap waktu. Dan untuk mendapat akses kepada kod kedua, pencuri terpaksa menghubungi ahli lain kumpulan mereka yang mempunyai akses yang lebih tinggi.


Fakta mengenai penggunaan sistem operasi ini pada mesin ATM tidak terlalu terlalu ramai yang tahu. Mesin ATM yang ada pada masa ini sebarang kemungkinan memakai sistem operasi Windows XP standard yang disambungkan ke ‘display’, ‘keypad’, ‘cryptoprocessor’ serta berbagai jenis hardware lagi.


Oleh itu, satu-satunya cara untuk membuat sistem keselamatan mesin ATM lebih selamat, maka bank-bank perlu menaik taraf sistem operasi yang lain.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)