Diumumkan oleh Bitfund.pe dan UBM China, persidangan Global Bitcoin yang pertama di China - Sidang Kemuncak Global Bitcoin 2014 (GBS) akan diadakan di Beijing bermula dari 10 Mei hingga 11 Mei. Semasa acara itu, pakar-pakar yang cemerlang dan berpengetahuan dalam dunia Bitcoin akan menyampaikan maklumat terkini dalam industri. Mereka juga akan memberi penerangan tentang trend masa depan Bitcoin di China dan juga di luar negara, meneroka cara-cara untuk menggabungkan atau mengembangkan perniagaan sedia ada, serta membincangkan kaedah untuk memulakan perniagaan Bitcoin baharu.
GBS memberi tumpuan kepada lapan aspek: Platform Perdagangan, Sistem Keselamatan, DAC, Undang-Undang & Peraturan, Trend Pembangunan, Pembayaran Bitcoin, Aplikasi Berkaitan, dan Mata Wang Crypto Berinovatif. Acara ini juga bertujuan untuk menyediakan satu platform ideal untuk peminat Bitcoin berkomunikasi antara satu sama lain dan mendapatkan gambaran tentang Bitcoin terutamanya untuk menyediakan maklumat mengenai perkembangan semasa bagi pasaran China. Berdasarkan kerjasama menang-menang, GBS menyediakan satu peluang yang baik untuk membantu para hadirin mendapatkan platform yang sesuai, merapatkan jurang komunikasi serta menggalakkan pembangunan industri dan pertumbuhan perniagaan individu.
Sebagai Presiden GBS dan Pengasas Bitfund.pe, Encik Li Xiaolai dengan ikhlasnya menjemput semua tetamu yang berminat dengan Bitcoin untuk menyertai acara tersebut.
Li berkata dalam Surat Jemputannya: "Sidang Kemuncak Global Bitcoin 2014 adalah acara yang pertama seumpamanya di China. Kami berharap untuk menjemput tetamu dan pelawat daripada semua bangsa. Jika anda berhasrat untuk menyertai kami sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat/penceramah/penaja, sila hubungi kami. Tiket akan mula dijual pada bulan Mac 2013. Sila nantikan perkembangan lanjut mengenai penceramah, agenda, topik-topik, dan lain-lain yang akan disahkan tidak lama lagi."
[well type="well-sm"]
SUMBER
[/well]
0 comments:
Post a Comment