Recent Comments

Wednesday, February 5, 2014

Prolexic Beri Amaran tentang Serangan Siber Menerusi Serangan DDoS bagi Mempengaruhi Harga Saham dan Mengehadkan Dagangan


Prolexic Technologies, peneraju global dalam bidang perkhidmatan perlindungan Distributed Denial of Service (DDoS), hari ini berkongsikan suatu analisis berkenaan dengan serangan DDoS yang menghampiri jumlah sedozen di peringkat global oleh penyerang siber menerusi serangan DDoS sebagai cubaan untuk mempengaruhi nilai pasaran dan menggangu platform pertukaram. Pasukan Keselamatan dan Kejuruteraan Prolexic (PLXsert) memperincikan penemuan dalam laporan Serangan DDoS Terhadap Pasaran Global yang diterbitkan hari ini dan boleh dimuat turun di prolexic.com/ddos-markets.

"Kebiasaannya, serangan DDoS dilancarkan untuk mencetuskan perdebatan terbuka atau untuk membalas dendam, pemerasan dan juga peras ugut. Namun, serangan kali ini adalah berlainan," ulas Stuart Scholly, presiden Prolexic. "Beberapa tahun lepas, kempen serangan DDoS telah mengancam industri perkhidmatan kewangan, serta perniagaan-perniagaan lain yang didagangkan secara awam dan juga platform-platform dagangan. Sebagai sebahagian daripada hasil forensik serangan DDoS kami, kami mendapati bahawa terdapat trend yang membimbangkan: Kebanyakan daripada serangan ini kelihatannya bertujuan untuk merendahkan harga saham sasaran atau nilai mata wang, atau mungkin juga menghalang sebarang perdagangan dilakukan buat sementara waktu."




Imej awam bagi perniagaan global atau perkhidmatan kewangan adalah berkait rapat dengan kehadirannya di alam siber. Dengan membawa firma yang didagangkan secara awam atau platform pertukaran ke luar talian serta menyebarkan khabar angin bagi menimbulkan persoalan tentang kemampuannya untuk menjalankan perniagaan dalam talian akan menghasilkan imej yang palsu atau mengelirukan. Ini merupakan ciri-ciri manipulasi pasaran. Secara keseluruhannya, PLXsert menemui hubungan langsung antara serangan siber DDoS dan perubahan sementara dalam penilaian syarikat.

Laporan yang disediakan mengemukakan hampir sedozen serangan DDoS dan pergerakan pasaran yang terbentuk serta memberikan gambaran tentang kumpulan penyerang yang bertanggungjawab terhadap kebanyakan serangan. Laporan tersebut turut disediakan untuk orang awam di prolexic.com/ddos-markets( http://bit.ly/1bVvb31 ).


[well type="well-sm"]
SUMBER
[/well]

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)