Recent Comments

Sunday, February 23, 2014

Sarung Telefon Pintar Kalis Air HoYo


Jika anda berpendapat bilik air adalah tempat tempat larangan bagi  telefon anda, fikirkan sekali lagi.

Pengguna telefon pintar tegar kini boleh menggunakan poket lutsinar terbaru HoYo yang membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar mereka walaupun sedang mandi.

Direka oleh syarikat yang berpengkalan di London, Hoyo diasaskan oleh George Sheety. Pada ketika inin projek produk ini telah mmencapai dana £ 25,000 (RM137, 654) menerusi laman web Kickstarter, sebuah laman web yang khusus membantu pereka-pereka inovasi terkini mendapat tajaan orang ramai. Poket Lutsinar HoYo ini dijangka akan dipasarkan pada Jun tahun ini.

"Terdapat hanya satu tempat di mana saya tidak boleh berkomunikasi walaupun saya ingin berkomunikasi," jelas Sheety. "Saya pernah meletakkan iPhone saya jauh dari percikan air dekat dengan botol syampu untuk menonton video."

Hoyo membolehkan pengguna mendengar muzik, membaca berita, menonton TV, menghantar teks dan pada amnya melaksanakan semua perkara yang anda biasa gunakan pada telefon pintar anda. Ianya mempunyai getah terkedap sedutan kedap air yang mampu melekat pada mana-mana dinding seramik, panel kaca atau cermin, disertakan sekali dengan poket lutsinar untuk memastikan telefon kering.

Poket telefon kalis air bukanlah ciptaan baru masa kini, dengan jenama seperti BubbleShield dan Lifeproof yang juga menggunakan konsep yang sama, tetapi menurut Sheety, reka bentuk Hoyo yang ringkas ini membuatkan ianya isitimewa dalam kelasnya yang tersendiri. Bagi tempoh enam bulan yang lalu, kumpulan itu telah berusaha untuk menghasilkan reka bentuk produk seringan yang mungkin.

Hoyo datang dalam pelbagai warna, dengan penutup emas dan krom pilihan. Produk ini juga datang dengan 'kit memotong' yang membolehkan pengguna untuk melekatkan produk ini untuk tirai mandi mereka.


HoYo shower case

[video type="youtube" link="https://www.youtube.com/watch?v=yexiRMUYec4" width="100%" height="350px"]

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)