Recent Comments

Monday, February 10, 2014

Teknologi pengecaman melalui bau badan


Pengecaman muka, cap jari dan imbasan iris mata bukan lagi teknologi terbaru dalam teknologi indentifikasi biometrik. Kini satu lagi teknologi baru sedang dibangunkan yang menggunakan bau badan sebagai satu cara indentifikasi manusia. Penyelidik di Sepanyol Universidad Politecnica de Madrid, dengan kerjasama firma berteknologi IIIA Sistemas SL, sedang membangunkan satu sistem yang boleh mengesahkan identiti seseorang dengan bau badan mereka.

Corak bau badan dikenalpasi kekal cukup malar dari masa ke masa untuk membolehkan orang untuk dikenal pasti dengan kadar ketepatan 85 peratus. Penyelidik percaya keputusan ini cukup untuk mewujudkan cara yang kurang agresif untuk pengecaman orang daripada langkah-langkah yang agak mengganggu peribadi seseorang seperti yang menjadi kebiasaan pada hari ini.

Walaupun imbasan iris dan cap jari boleh mempunyai kadar ketepatan yang lebih tinggi, para penyelidik berpendapat teknik-teknik ini biasanya dikaitkan dengan rekod jenayah, mungkin membuat orang enggan menyertai dengan proses tersebut. Pengecaman muka pula mempunyai kadar kesilapan yang tinggi. Oleh itu, pembangunan sensor bau yang boleh mengenal pasti seseorang dengan melalui sesebuah mesin imbasan yang ringkas mampu memberikan maklumat yang tepat tanpa gangguan yang berlebihan.

Penyelidik percaya teknologi seperti itu boleh digunakan di lapangan terbang, pusat pemeriksaan sempadan atau dimana-mana sahaja di mana Pengenalan bergambar diperlukan. Teknologi ini juga dipercayai lebih mesra rakyat dimana keseluruhan proses boleh diadakan tanpa interaksi maksimum antara rakyat dan kerajaan.


[well type="well-sm"]
SUMBER
[/well]

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)