Telefon pintar ( smartphone) berkembang setiap tahun seiring dengan pesatnya kemajuan teknologi komputer bersaiz poket ini.
Tahun ini akan hadir dengan kemunculan beberapa telefon pintar baru seperti pengeluar Android Samsung, HTC, Sony dan Apple yang akan melancarkan iPhone baru lewat tahun ini.
Kami @teknoderas akan menyenaraikan senarai telefon pintar yang akan dinanti-nantikan dalam tempoh 12 bulan yang akan datang, yang mana ianya diambil dari laman Digital Spy.
[pageheader class="yourcustomclass"]1. Sony Xperia Z2[/pageheader]
[video type="youtube" link="https://www.youtube.com/watch?v=PoUzAbvbAB4" width="100%" height="350px"]
Smarthone Sony Xperia Z adalah telefon pintar Android sepenuhnya yang banyak mendapat pujian kerana mempunyai kamera 20.7 megapiksel, kualiti reka bentuknya yang mewah dan chipset yang dipercayai. Pengeluar elektronik Jepun ini adalah hampir pasti membawa Xperia Z2 ke Mobile World Congress dengan beberapa harapan penambahbaikan, termasuk rakaman video 4K, sudut tontonan yang lebih luas, reka bentuknya yang nipis dan bateri tahan lama. Seperti peranti sebelumnya, telefon pintar ini dijangka tahan habuk dan air yang akan dapat mengatasi pesaingnya yang mana dengan daya tahannya.
[pageheader class="yourcustomclass"]2. Samsung Galaxy S5[/pageheader]
[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/galaxy-s5-concept.jpg"]
Terkini produk terbaru Samsung Galaxy tidak pernah gagal di dunia Android, dengan cipset yang berkuasa dan teknologi pada skrin yang boleh dipercayai. Galaxy S5 akan diperkenalkan secara rasminya bersama dengan jam tangan pintar Galaxy Gear versi generasi kedua pada 24 Februari, dan beberapa laporan menunjukkan bahawa Galaxy S5 akan didatangkan dengan skrin QHD Super AMOLED berukuran 5.25 inci, pemproses quad-core 2.5 GHz, 3GB RAM dan kamera 16 megapixel.
Terdapat juga khabar angin bahawa Samsung akan membuang lapisan plastik seperti dalam peranti Galaxy sebelum ini agar Galaxy S5 ini nampak lebihyang semakin berkelas, dan juga akan dipaparkan sensor cap jari.
[pageheader class="yourcustomclass"]3. iPhone 6[/pageheader]
[video type="youtube" link="https://www.youtube.com/watch?v=FFCUl5StV9g" width="100%" height="350px"]
Walaupun Apple tidak akan mengumumkan iPhone baru sehingga separuh penggal kedua 2014, tetapi ianya tidak menghalang khabar angin yang mengatakan akan kemunculan iPhone 6. Tahun 2014 boleh menjadi tahun pelancaran iPhone dengan skrin yang lebih besar di mana kebocoran dari rantaian pembekal mengatakan Apple telah memesan skrin bersaiz phablet .
Berita lain lagi, iPhone 6 akan mempunyai kamera Lytro yang mana mampu mengambil imej berlapis supaya ia boleh ditumpukan secara manual selepas gambar itu diambil.
[pageheader class="yourcustomclass"]4. All New HTC One[/pageheader]
[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/htc_one_plus_front_1.jpg"]
Gambar yang tersiar All New HTC One menunjukkan, telefon pintar ini akan mengekalkan reka bentuk berlapis alumunium seperti peranti sebelum ini, dengan bahagian belakang yang mempunyai dua lensa kamera.
Telefon pintar ini dijangka mempunyai skrin yang berukuran 5 inci 1080megapiksel, pemproses quad-core 2.3HGz Snapdragon dan 2GB RAM.
[pageheader class="yourcustomclass"]5. Nokia Normandy[/pageheader]
[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/nokia-normandy-leaked-render-635.jpg"]
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini Nokia telah menamakan semula dirinya daripada Windows Phone dengan telefon pintar Lumia yang mempunyai kamera dan reka bentuk yang menarik. Walaubagaimanapun, kehadiran peranti yang mana dinamakan Nokia Normandy yang bersistem operasi Android di MWC, akan menandakan perubahan dalam hala tuju syarikat.
Telefon pintar ini juga dipanggil Nokia X yang mana ianya akan hadir sebagai peranti pada harga yang berpatutan dengan pemproses dwi-teras 1GHz, RAM 512MB, paparan skrin berukuran 4 inci dan kamera 5 megapiksel.
[pageheader class="yourcustomclass"]6. LG G3[/pageheader]
[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/lg-g2-review-29-578-80.jpg"]
Walaupun LG G2 tidak mempunyai daya tarikan seperti iPhone 5S dan Samsung Galaxy S4, tetapi G2 memasuki barisan telefon pintar terbaik tahun 2013. Penggantinya, LG G3 yang dilaporkan hadir pada bulan Mei dengan ciri-ciri pengimbas cap jari, skrin Quad HD, prosesor octa-core dan kamera 16 megapiksel. Spesifikasi mewah yang dibawanya membuatkan peranti ini adalah pesaing Galaxy S5 dalam sektor Android, tetapi LG mesti mempunyai sesuatu yang istimewa untuk mencabar lawannya.
0 comments:
Post a Comment