Pada tahun 2050 yang akan datang, dianggarkan bahawa manusia mampu ke luar angkasa tanpa perlu menaiki pesawat kerana para saintis telah menemui satu teknologi baru yang membolehkan manusia ke angkasa tanpa menaiki pesawat sepertimana pada kelazimannya.
Laman sesawang Ubergizmo pada 5 Febuari lalu telah melaporkan bahawa kemungkinan besar teknologi yang bernama ‘space elevator’ boleh membawa manusia ke luar angkasa melalui sistem lif pada pertengahan abad ini atau dalam sekitar tahun 2050 yang akan datang.
Teknologi 'Space Elevator' sendiri pada ketika ini sudah dibangunkan oleh saintis Nihon University yang bernama Yoshio Aoki beserta sekumpulan saintis yang lain. Space Elevator sendiri akan dibangunkan dengan sistem elevator sebagaimana umumnya. Namun yang membezakan sistem elevator dengan sistem elevator yang lain, adalah kabel jalur elevator ini akan menjulang tinggi hingga ke luar angkasa.
Untuk percubaan pertamanya, kumpulan saintis dan jurutera ini telah berjaya membuat kabel elevator yang berdiri tegak sehingga pada ketinggian 1.2 km.
Dengan ketinggian 1.2 km ini, Lif tersebut dilaporkan boleh bergerak ke atas dengan kelajuan 20 km/jam dan kelajuan turun hingga 40 km/jam.
Selain ianya boleh digunakan untuk mengangkut manusia ke angkasa, Space Elevator ini boleh mengangkut berbagai macam barang ke luar angkasa dengan pelbagai macam keperluan, yang mana salah satunya adalah untuk keperluan penyelidikan.
Selain itu, dianggarkan juga bahawa jenis pengangkutan baru ke luar angkasa ini hanya memerlukan kos yang lebih rendah berbanding penggunaan pesawat ulang-alik.
Penemuan tekonolgi ini bukan sesuatu yang mustahil kerana para saintis dan jurutera dari Jepun sedang membangunkan system tersebut dan ianya akan menjadi kenyataan pada 36 tahun yang akan datang.
0 comments:
Post a Comment