Pelancaran Pusat Penyampaian Global IBM berkeluasan 300,000 kaki persegi di Cyberjaya, Malaysia diiktiraf sebagai bangunan mesra alam peringkat emas yang dikeluarkan Index Bangunan Hijau (GBI).
Pengarah Pusat Penyampaian Global IBM Malaysia Craig Tucker berkata, ia selari dengan hasrat syarikat terbabit mengurangkan aktiviti yang memberi kesan kepada perubahan cuaca dunia.
“Kami memilih Malaysia untuk membina kemudahan terbaru IBM disebabkan kerjasama erat antara sektor swasta dan awam di negara ini, model perniagaan yang kompetitif selain bakat serta kemahiran tenaga mahir di sini,” kata Tucker.
Pelancaran pusat terbabit dilaksanakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan dihadiri Pengurus Besar Penyampaian Global dan Kecemerlangan Perkhidmatan Teknologi Global IBM Diane Diggelmann.
Antara ciri mesra alam dalam pusat terbabit termasuk pemasangan panel solar, sistem penjimatan air, cermin mengurangkan kadar haba dan elemen lain yang dijangka mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 25 peratus.
Ia menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk pelanggan mereka di seluruh dunia seperti analisis data, sistem komputer, Pusat Kecemerlangan bagi pengedaran perisian selain membantu melatih tenaga mahir tempatan berdasarkan kepakaran antarabangsa IBM.
0 comments:
Post a Comment